Selasa, 9 November 2010

Resepi Roti Nan

Jangan terkejut yer..akak letak resepi lama kat sini.

Tarikh : 11hb. November 2008


 Malam tadi buat roti naan ni...dah lama tak buat roti... semenjak lepas raya....penyakit M banyak......ni dah datang balik vitamin R ....kuah kari ayam semalam masih banyak lagi....buat sendiri jimat...kalau beli kat luar skrg ni dah jatuh rm1.50 sekeping..kalau makan 7 orang tak haru biru jadinya....sekarang ni kan zaman jimat cermat...
ambil resepi ni dari my resepi.....newbiee 123..

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula atau madu (akak guna gula aje)
  • 1 sudu teh yis kering (instant yis)
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 air suam
  • 2 sudu makan minyak zaiton (boleh ganti dgn minyak biasa/sayur)
Cara-cara
1. Campur air suam dgn yis kering.
2. Campur tepung gandum, garam, gula, minyak zaiton kedlm mangkuk.
3. Gaulratakan (akak gunakan mixer)
4. Masukkan air bercampur yis tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli sekejap aje....wrap dgn plastik dan perap 1 jam...
6.  Tutup dengan plastik dan perap selama 1 jam. Inilah rupanya setelah adunan naik se kali ganda..bahagikan kepada 6 bahagian...akak bahagikan kepada 8 bahagian..........
7.  Setelah itu dicanai dan sapukan sedikit air di atasnya dan bolehlah di bakar. Nak bakar pakai oven boleh..nak bakar atas non stick pan pun boleh.
Apalagi....ngaplah..........sedap hingga menjilat jari..........

Selasa, 12 Oktober 2010

Dulang Tembaga

Bukan sajer dah berabuk..dah bersawang dah blog ni.  Dah lama tak beli barang lama ni.

Bila balik gi office member yang buat makan-makan sempena hari raya..akak ternampak kedai ni..bila tenguk kat situ ternampaklah bekas tembaga ni.
apalagi akak pun suruh keluar dari tempat display, tenguk harga macam murah ajer dari harga pasaran.
Bila tenguk kat belakang memang rasanya tembaga lama..tu sebab akak beli..
dah harganya memang berpatutan dan setelah di tawar dapatlah RM45.00 sahaja.beli ni senang nanti bila anak nak kawin.

Khamis, 12 Ogos 2010

Khazanah Antik Di Rumah Tradisional Melaka Perigi Hang Tuah

Masa pergi melawat arwah kakak ipar di Melaka, akak singgah kat Perigi Hang Tuah.  Naik kat atas rumah tradisonal melayu melaka, nak tenguk apa yang ada.  Nak naik hulurlah RM1.00.
Mak datuk, bestlah..macam-macam ada kat rumah ni..banyak jugak barang lama yang ada ada kat dalam tu. Ada pinggan lama, gelas lama dan piring lamaalmari lama..kalau di cat balik memang meletup..pastu bubuh pulak hiasan barang lama.  Dan mangkuk sia fesyen zaman dulu..nanti akak show lagi yer..