Sabtu, 30 Jun 2012

Resepi Roti John


belum letak lagi cili sos dan mayonis

Bila tenguk ada lebihan roti lebihan buat roti oblong kambing aka prosperity burger akak simpan dalm peti sejuk sebab nak gi jejalan. Bila balik tenguk roti masih elok lagi.
 
Buat ajerlah roti John segera. Resepi tenguk kat blog Cik Min tapi tang bahan ada yang letak dan ada yang tak. Kira macam roti john sempoi ajerlah ni. Maaflah Min akak edit sikit yer.

Bahan-bahannya
200 gram daging cincang-akak guna daging burger ayam Ramli-potong kecil
10 biji Hot dog roll-akak guna roti oblong
Mayoni
Cili Sos
Sos lada hitam LIFE-tak letak
2 labu bawang besar-dadu
3 ulas bawang putih-tak letak
Sedikit serbuk kari daging
Lada benggala hijau/kuning/merah-tak letak
Telur ayam
Serbuk lada putih
Garam
Marjerin atau butter
Sedikit minyak untuk menumis
*boleh tambah Cheese slice jika suka
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging cincang (daging burger) sehingga keluar airnya.
2. Masukkan serbuk kari,bawang putih,bawang besar,lada benggala,kacau seketika.
3. Masukkan serbuk lada putih dan sedikit garam.Setelah semua bahan layu,angkat dan ketepikan.
4. Panaskan kuali leper dengan sedikit butter.Ambil daging yang telah dimasak tadi,campurkan kedalam mangkuk,pecahkan telur.Pukul hingga sebati.
5. Tuangkan bancuhan telur tadi keatas kuali,ambil hot dog roll yang telah dibelah dua,telangkupkan diatas daging tadi.Setelah agak garing terbalikkan(masa ni boleh letak cheese slice atas daging yang bertelur tadi)
6. Setelah lapisan atas roti nampak garing boleh la diangkat.
Sapukan mayonis,cili sos (boleh tambah sos lada hitam)keatas lapisan daging bertelur.
7. Boleh jugak tambah sayuran seperti salad atau timun.rapatkan kembali roti yang sudah disapu sos tadi dan siap untuk dihidangkan.

Khamis, 28 Jun 2012

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Galah

Dah lama dah masak lemak udang cili api ni..barulah nak show kat sini..

Bahan-bahan
  • 1/2 kg udang galah
  • 10-15 biji cili api-nak pedas tambah lagi
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai-dititik
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 helai daun kunyit di carik dan di siat
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
Cara-caranya

1. Bersihkan udang dan toskan.
2. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup bersama garam dan sedikit serbuk kunyit.
3. Masukkan ke dalam periuk udang, serai dan bahan yang ditumbuk tadi.

4. Masukkan santan cair dan hidupkan api.

5. Gunakan api sederhana kacau sehingga santan mendidih.

6. Masukkan pula santan pekat dan daun kunyit.

7. Perasakan garam dan biarkan mendidih sebentar barulah di tutup api.

8. Bolehlah di hidangkan bersama nasi panas.
 

Sabtu, 23 Jun 2012

Resepi Ayam Masala


Ambi resepi ni dari umah mamaella...dah buat lama dah..tapi baru nak show kat sini..katanya dia ambil resepi dari buku Asmah Laili chef fofular di singapura..terima kasih ye bagi resepi ni..macam biasa akak c & p aje ...

Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam potong 12 bahagian - dicuci dan dtos air nya
  • 2 sudu makan chili boh atau kisar
  • 7 batang lada hijau*
  • 4 biji Bawang besar*
  • 6 biji Bawang putih*
  • halia sejengkal*
  • Sedikit lengkuas-dititik
  • 1 batang Serai- dititik
  • 1 sudu makan campuran serbuk ketumbar, jintan manis dan kasar
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan rempah kari ayam
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga pelaga
  • 2 biji bunga cengkeh
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • sedikit daun ketumbar dan pudina
  • 1 biji buah tomato - dibelah 4
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Bawang goreng untuk ditabur
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 sudu teh minyak Sapi

Cara-caranya:-

1 Kisar halus bahan-bahan *. Panaskan kuali dan masukkan Minyak sapi dan minyak masak. Bila minyak dah Panas, masukkan 4 sekawan( cengkeh, pelaga dan etc) kedalam nya. Bila ia mula meletup-letup masukkan serai dan lengkuas, bila dah wangi sedikit baru masukkan bahan-bahan kisar dan Chilli boh. Kacau sehingga sebati dan rata.

2 Bila rempah sudah wangi, masukkan rempah garam masala, kari, serbuk ketumbar dan jintan dua macam dan kacau lagi biar ia nya sebati dan keluar minyak.

3 Bila dah keluar minyak masukkan sos tomato dan buahnya sekali, kacau lagi baru masukkan ayam dan balik-balikkan serta tutup periuk nya dan menggunakan api sederhana.

4 Bila ayam sudah separuh masak , masukkan dua macam daun dan garam serta lada putih, kacau perlahan-lahan dan biarkan sampai ayam nya masak dan kuahnya agak pekat.

5 Rasa apa yang kurang, angkat dan taburkan dengan bawang goreng. Enak dimakan dengan nasi beryani atau roti nan atau capati...

Sabtu, 9 Jun 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi asal dari dayangjack tapi akak ada tukar bahan-bahan perapan.  Jangan marah yer Dayang.  Kami perap ayam ni semalaman  dan goreng pada pagi Sabtu dan dah tentulah bahan perapan kena berkali kali kali ganda banyaknya.  Alhamdulliah tetamu kata sedappppp. Cubalah yer
Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba's)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas