Khamis, 23 Ogos 2012

Resepi Bihun Sup

Masak bihun sup selalunya akak buat sarapan pagi minggu ataupun untuk makan malam..kadangkala kami memang tak suka makan nasi waktu malam.  Suka hatilah nak isi ayam ker...daging ataupun seafoods..kali ni akak buat guna udang dan sotong sebab itu ajer yang ada stok kat umah.  Sayur pun akak guna apa yang ada..kalau nak meriah masukkanlah bunga kobis dan cendawan.

Bahan-bahan
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 4 ekor sotong-potong kecil
  • 1 kiub ayam maggi
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 4 biji bawang kecil-dihiris halus
  • sedikit kicap
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 2 keping fish cake-dihiris tipis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • sawi
  • kobis
Bahan sampingan
  • Bihun - rendam dulu dengan air suam/panas dan toskan
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap
Cara-cara
1. Kopek udang  dan bersihkan sotong .. cuci bersih lalu di tos.  

2. Tumbuk bawang putih dan lada hitam. 

 3. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris sehingga garing. Ketepikan.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama...tumis bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana. 

5. Masukkan udang dan sotong , kacau sebati.  Masukkan air secukupnya.  

6. Masukkan kiub ayam, garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.
7.Setelah mendidih masukkan  fish cake, sawi dan kobis. Rasa dulu garam dan rasa dulu sebelum tutup api.
8. Ambil bihun  tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng.
9. Boleh di hidang panas-panas...buh sambal kicap...fuhhh terangkatttttt..
 tak pun goreng dulu bihun kering dalam minyak panas..cara cam ni pun sedap gak

Khamis, 9 Ogos 2012

Resepi Cornflakes Madu/Honey Cornflakes




Ala ..sape yang tak pandai buat cornflakes madu ni..rasanya semua orang pandai kan..anak akak Ira pun dah boleh buat.

Buat dah lama dah..baru terjumpa gambar..memang tiap-tiap kali raya kena buat sebab anak-anak suka makan..akak ambil resepi Mamafami Fotopages

Sumber : Baya
Bahan-bahan :
  • 90g gula kastor
  • 110g mentega
  • 6 sudu besar madu atau golden syrup
  • papercups
Campuran Cornflakes :
  • 120g cornflakes
  • pilihan(akak tak letak pun)
  • 120g bubble rice (yang plain bukan yang chocolate) 100g kacang/badam (bakar dulu sikit).
Kaedah penyediaan :
1. Masak atas api sehingga mentega, gula dan madu bercampur sebati. Sekejap sahaja. (Janji larut ajer tak yah mendidih)
2. Kemudian tuangkan ke dalam campuran cornflakes.
3. Gaul hingga rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam papercups.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 350 F selama 11 hingga 12 minit.