Khamis, 26 Januari 2012

Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Kacang Tanah

Anak-anak kurang gemar sambal tumis ikan bilis.  Mereka lebih suka sambal goreng macam ni.  Kadang-kadang pakai tempe tapi kali ni akak guna kacang tanah pulak.

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 100-150gm kacang tanah
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1/4 camca teh jus asam jawa(bergantung kepada kemasaman)
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan.
2. Goreng kacang tanah  dan toskan dan selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing dengan minyakbaru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar,perlahankan api dan biarkan cili garing dan kacau selalu.
5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan sambal kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng.
7. Kacau selalu dengan api perlahan, kalau tidak hangus pulak nanti kering sedikit.
8. Setelah agak kering ...rasa dulu dan barulah dipadamkan api.
 

Selasa, 24 Januari 2012

Roti Pita Aka Poket Doraemon


 Sape tak kenal doraemon sila angkat tangan..atau angkat kaki..yang suka makan dorayaki tu..akak pun layan jugak cerita ni dulu masa russhdi, firdaus dan yana kecik..... mereka bertiga  memang suker tenguk cerita ni.
Sekarang ni dah terjangkit kepada Ira dan Imran..setiap hari sabtu petang mereka tak lupa nak tenguk cerita  doraemon yang suka cipta benda yang pelik-pelik yang di keluarkan dari poket dia...kalau movie doraemon dia orang layan jugak walau pun dah berulang kali tenguk..

Oleh sebab roti pita ni kan ada poket macam poket Doraemon..Imran panggil Roti ni Poket Doraemon..kalau gi pasar malam..poket doraemon yang di cari...tak muak-muak..masa gi beli barang keperluan dapur akak pun beli roti pita ni..sebab malas nak buat..dan kali ni beli roti pita gandum.  Untuk isi dia akak gunakan burger Ayamas sebab tak berminyak macam burger Ramli.  
 Resepi sendiri yer..tak tiru tau


Bahan-bahan (untuk 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak yer)
  •  5 keping roti pita -potong2 (suker hatilah nak pakai  prisa garlic ker..)
  • 10 biji burger ayamas
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1/3 biji cili banggala hijau (capsium hijau-potong dadu)
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • sedikit kobis-hiris halus
  • beberapa titik maggi seasoning
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
Cara-cara

1.  Roti pita di potong 2 dan panaskan sebentar dalam oven.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar.
3.  Bila dah layu masukkan tomato dan capsium..kacau dan masukkan buger ayam tadi.
4.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah.lada hitam bersama cilis sos bersama sedikit garam.
5.  Bila burger dah masak, masukkan sedikit garam, hirisan kobis dan mayonis dan kacau cepat..rasa dan terus padam api.  Sejukkan.
6.  Bolehlah di masukkan ke dalam roti pita bersama salad dan hirisan tomato (tak buat pun)

Isnin, 16 Januari 2012

Ikan Keli Berlada


Ikan keli ni memang jadi kegemaran anak-anak akak..masak macam mana pun..insyallah habis...selalunya akak beli dalam 2 kg. Anak-anak dan akak suka masak sambal....selalunya akak guna cili hidup..oleh sebab cili merah mahal giler...RM15 sekilo....kalau guna mesti 1/2 kilo..jadi akak gunakan cili kering ajelah..tapi kurang umph..lah sikit..

Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi - ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)

Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
  • Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
  • Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
  • Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
  • Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli tadi.
Dah goreng pun dah sedap dah.....akak tak suka masukkan ikan keli dalam sambal..nanti jadi ikan tu lembek..bila nak makan baru akak letak sambal tu....enak di makan bersama-sama nasi panas........