Selasa, 18 September 2012

Resepi Nasi Lemak


Bahan-bahan (Anggaran-7 orang makan)
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
2 cawan santan
2 biji bawang kecil - hiris
1 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris halus
3 helai daun pandan-disiat dan di simpul
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya
Rendam beras basmathi 20 minit.  Bersihkan dan tos dan masukkan ke dalam periuk elektrik.
Masukkan bawang, halia, daun pandan, air, santan dan garam dan kacau sebati dan masaklah nasi seperti biasa.  
Bila dah kering, kareh/kacau nasi dengan chopstick nak mengelakkan dari beras dari patah.  
Bolehlah di hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan timun (akak malas nak beli..hb dan anak-anak tak suka)

Nota :  Kalau masak beras biasa masukkan lebihkan santan dari air..biar betul-betul berlemak..barulah di panggil nasi lemak.

Bahan-bahannya


  • Satu mangkuk kecil ikan bilis
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 2 biji bawang besar(sebiji di kisar ..1 biji lagi hiris bulat)
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • Air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya
  • sedikit gula

Cara-caranya

  1. Tumbuk atau kisar bawang kecil, bawang putih, 1 biji bawang besar, belacan dan sedikit ikan bilis.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar..setelah naik bau masukkan pula cili kisar.
  3. Gunakan api perlahan supaya cili tu masak dan masukkan juga garam.
  4. Setelah cili naik minyak (masak) masukkan air asam jawa, ikan bilis dan bawang besar yang telah di hiris.
  5. Tunggu lagi dalam 10 minit..rasa garam dan asam dulu.
  6. Kalau okey bolehlah di hidang.

Bahan sampingan
telur
timun 
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng

1 ulasan:

Fariena Amerien berkata...

Kalau amik gmbar yg lg cantik, mesti menarik lg nampak :)