Sabtu, 27 November 2010

Resepi Apam Balik Sedap

Rabu, Disember 31, 2008

Bila dah pandai buat apam balik ni..tak payahlah lagi beli kat pasar tani atau pun pasar malam...lagi best buat sendiri. Boleh bubuh inti banyak-banyak....kalau nak buat apam balik ni...se elok-eloknya gunakan kuali tak melekat....barulah lawa sikit kulit dia. Yang empunya resepi ni Ms Oreo...terima kasih ye sudi bagi resepi ni....

Bahan-bahan (boleh dapat 3 keping yang tebal)
1. 2 cawan tepung gandum
2. ½ cawan gula
3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh baking powder
5. Sedikit pewarna kuning
6. 1 biji telur
7. 1½ cawan air
8. Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :  
1. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
2. Jagung dalam tin.
3. Gula halus
4. Marjerin
Cara-cara
  • Gunakan mixer ..pukul telur dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
  • Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.
  • Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
  • Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.
Akak punya yang ni....
Yang ni anak-anak punya..

Apabila cukup masak, angkat dan lipat dua sebelum di potong. Mudahkan cara membuatnya..cubalah....

12 ulasan:

Kak Aton berkata...

salam ina..apam balik mmg sedaaap.. klu tak pikir pasal kolestrol dan gula hari2 nak makan..
kalau kat tempat akk..ada seorg penjual apam balik..sedap dia buat berbanding yg lain..dulu2 tgh ramai ahli kluarga selalu buat..skrg beli je..

Yaya Haqeem berkata...

brapa keping bole jadi untuk bahan2 kat atas 2 kak??

siti rabiatul wiyah berkata...

Kak Ina.. nnt siti nak try la resepi apam balik ni. mcm sedap n mudah jer. bahan2 dah ader (kalo x der, bole ajer diubahsuai kan..)thanks ye kak ina for sharing

mamafinafiff berkata...

Akk thnx share recipe..sy dah buat.
http://chentashazana.blogspot.com/2012/01/kek-choc-vs-apam-balik.html

JJ berkata...

i cuba dah ni, mmg jadik... i guna susu gantikan air... memang sedap.. thank you...

Unknown berkata...

Assalamualaikum boleh x send kn pd sy cara bancuh tepung apam balik tu klau kuantiti tpung tu 1 kilo ni no sy...sape2 boleh ajar plis......tlong ajar....0176429427

Unknown berkata...

Assalamualaikum boleh x send kn pd sy cara bancuh tepung apam balik tu klau kuantiti tpung tu 1 kilo ni no sy...sape2 boleh ajar plis......tlong ajar....0176429427

Unknown berkata...

Assalamualaikum boleh x send kn pd sy cara bancuh tepung apam balik tu klau kuantiti tpung tu 1 kilo ni no sy...sape2 boleh ajar plis......tlong ajar....0176429427

Unknown berkata...

Apam balik nipis.....yg rangup tu

Unknown berkata...

Apam balik nipis.....yg rangup tu

Unknown berkata...

Apam balik nipis.....yg rangup tu

SafiahSaleh berkata...

klo guna kuali apam balik.klo melekat tu knp ye