Selasa, 15 Mac 2011

Resepi Ikan Bakar Kak Ina

Kali akak buat ikan bakar stail akak sendiri....memang akak suka tukar-tukar resepi...kadang-kadang akak tambah buah nenas masaklah..tomato ..nak rasa kelainan...oleh sebab ikan terubuk banyak tulang.....akak dan suami punya.......terpaksalah buat ikan cencaru untuk anak-anak yang tak suka ikan banyak tulang ni...

Bahan-bahan utama
  • 1 ekor ikan terubuk di belah 2
  • 4 ekor ikan cencaru
Bahan-bahan lain
  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus.
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.

7. Lumurkan sambal ke atas ikan.
8. Tutup dengan daun pisang. Cucuk hujung daun pisang dengan pencungkil gigi.
Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi..

6 ulasan:

CT NoArIzAh ArIs berkata...

Sedapnya ikan bakar tuuu...

Salam kenal dari sy di http://menuarizah.blogspot.com

luahfikiran berkata...

SALAM,
MESTI SEDAP NI KAK. AJAKLAH KE RUMAH. LF BAWA BAHAN2 MASAKAN (TERMASUK IKAN)PUN TAK MENGAPA. TAPI YG MEMASAKNYA KAK !

Norasikin berkata...

Selalu makan kat kedai diaorg panggang guna kuali leper je tapi kuahnya ada smokey flavour. Apa yg dia bubuh ye?

Along Maklong berkata...

salam..
sudi2lah ambik reward dari blog maklong

~ Mr Ej ~ berkata...

wahhhh...sedap wehhh....bila boleh g umh nk makan ikan bakor tuh..ace citer..ace citer...hehehhe

sinar berkata...

Salam kak ina...sini kak iza. Kak Iza amik ye resepi ngan gambo skali..saja nak tiru sebijik kejadian dan color ikan tu dan nak wat koleksi masak kat umah...kadang blank je nak masak ape..tambah lagi bulan puasa dah nak dekat. Halal ye kak ina..TQ..Kak iza nak chow ni...bye