Selasa, 31 Julai 2012

Resepi Biskut Crunchy Coklat Chip


Resepi asal dari rumah mamafami tapi akak c & p dari blog Puan Ummi di Kuantan yang baru dapat hadiah birthday BM...akak jugak yang belum dapat lagi benda tu...

Bahan A:-
  • 125 gm butter
  • 125 gm marjerin (*ummi guna sume butter)
  • 1 sudu besar shortening
  • 160 gm gula halus
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan B:-
  • 230 gm tepung gandum ) ayak
  • 20 gm serbuk koko ) bersama
  • 100 gm chocolate chips
  • 50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice)
  • 50 gm badam cincang (roasted)
  • 50 gm nestum (*ummi ganti dgn cornflakes..)
Cara Membuat:-
  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Jumaat, 27 Julai 2012

Resepi Biskut Bebola Cornflakes


Ikutkan memang malas nak buat kukis lagi, tapi dah janji dengan adik ipar nak buatkan kukis  cornflakes sebab dia nak buat open house.  Resepi ni lebih kurang cam resepi kukis cornflakes yang lalu cuma di campur badam cincang (patutnya kismis) dan di letak dalam paper cups.

Resepi dari Ummi @ Home Sweet Home tapi akak ambil dari blog  HaSue@sue-hasue.blogspot.co.  Akak buat sekali ganda.

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)-guna badam cincang yang telah di bakar sekejap.
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. *Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Khamis, 26 Julai 2012

Resepi cornflakes cluster praline


Resepi ni akak ambil dari blog Chef Asma. Akak ubahsuai ikut stok yang ada kat umah.

Bahan - bahan
150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle ) akak guna kellogs
50 gm almond strip - bakar dahulu-akak guna almond cincang
20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella-tak letak
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup
Hiasan akak taburkan badam cincang ajer

 Cara-caranya
1. Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
2. Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
3. Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug..supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.
4. Taburkan badam cincang dan masukkan dalam peti sejuk dalam 10-15 minit baru dimasukkan dalam bekas kedap udara