Jumaat, 10 Mei 2013

Resepi Udang Goreng Tepung Mudah


Penjual ikan kat area rumah akak bawak udang laut dan kebetulan Ira balik dari asrama.  Akak pun buat udang goreng tepung, kesukaan semua anak-anak.  Akak tak suka kalau order udang goreng kat kedai, dorang buat cam cekodok. Akak lebih suka masak stail camni. 

Sebenarnya ni resepi ulangan..dah banyak kali buat.
Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
1 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos ikan
1/2 sudu makan serbuk kari
1-2 sudu besar tepung beras
sedikit serbuk cili-jika suka
sedikit serbuk lada hitam/lada putihMinyak secukupnya-biarkan terendam 
Cara-cara
  1. Bersihkan udang dan toskan.
  2. Udang di perap dengan telur, garam, sos ikan, serbuk kunyit, serbuk cili, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  3. Perap selama 30 minit.
  4. Bila nak goreng baru di masukkan tepung beras pastu gaul sebati.
  5. Goreng sehingga kekuningan.  Angkat ..cicah dengan sos cili thai.

2 ulasan:

Suzana Ibrahim berkata...

As-Salam Ina.selamat berkenalan!.jom kawan kat dapur saya pula.

Unknown berkata...

mualaikumsalam suzana
ok nanti akak gi ke blog kamu yer