Selasa, 2 Oktober 2012

Resepi Sup Ikan Merah

Assalammualaikum
Bila tekak tak sedap buat sup  ikan pun sedap.

Bahan:
4 potong sederhana besar ikan merah
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai - di titik

3-4 cawan  air

1 biji kentang-potong 6
sedikit lada sulah dan lada hitam
1 biji tomato belah 4

minyak dan garam

1 asam keping
daun sup/daun bawang-dihiris
bawang goreng

Cara penyediaan:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Tumis bahan yang telah di tumbuk termasuk serai ke dalam sedikit minyak yang panas.

3. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan pula ubi kentang, lada hitam dan lada sulah.
4. Bila air mendidih, masukkan kepingan ikan merah dan asam keping.

5. Bila ikan sudah masak, masukkan tomato bersama garam dan biarkan sekejap.
6. Rasa dan bolehlah di tutup api dan taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.

4 ulasan:

wan G Silk berkata...

Thanks for the recipe...dah beli ikan merah tadi n now terkial2 salin resepi sup..hehe..thanks again for sharing the recipe ya ;-)

sina edayu berkata...

sedapnya...terliurnya. minggu depan gi pasar nak try buatlah

nawal berkata...

tq..dah try buat.sedap

Haslina Harun berkata...

terima kasih wan

terima kasih sina

oh yer nawal..terima kasih sudi cuba