Sabtu, 17 Disember 2011

Cara Buat Croissant

Pernah buat croissant ni dulu..dulu gunakan resepi...lupa pulak nama dia dari myr...masa kali pertama buat tu..dah kata dalam hati..serik nak buat lagi...rupanya vitamin R banyak teringatlah balik nak buat lagi.....kali ni akak guna pula resepi dari rumah ah mat gebu..tapi resepi asal dari Alex Goh..

kalau nak croissant ni vitamin R mestilah terlebih sangat-sangat.....ambil masa yang lama nak buat benda ni..kalau tak percaya tanya cik mat tu..akak start menguli dari pagi ... siap dah nak tengahari...sambil tu selang seli dengan buat kerja rumah...akak ambil terus dari rumah cik matlah....sorry ye cik mat..tapi akak edit sikit..

Bahan-Bahan
  • 210 g tepung roti (high-protein flour)
  • 90 g tepung gandum
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softener
  • 30 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 15 g susu tepung
  • 2 camca teh instant yeast
  • 180 ml air ais
  • 45 g mentega
  • 120 g pastry margarine (boleh beli dikedai2 baking)-suhu bilik

Cara membuatnya

UNTUK DOH :-
  • Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan pastry margarine. Uli hingga menjadi doh, tambah mentega dan uli lagi 15 - 20 minit hingga doh menjadi licin dan anjal seperti doh roti canai. Bungkus doh dan simpan dalam freezer 1 jam.
  • KAEDAH LAIN :-Masukkan bahan diatas kecuali pastry margarine ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan, bila lepas 30 minit atau selesai menguli, off kan BM dan keluarkan doh, balut dengan plastic cling dan simpan dalam freezer 1 jam.
Canai pastry margarine antara 2 keping plastik sehingga leper. Ketepikan

Keluarkan doh dari freezer.....taburkan tepung kerana doh melekat dan canai doh menjadi 1 cm tebal dan bentuk empat segi memanjang. Letak pastri marjerin pada satu bahagian dan lipat doh supaya menutupi pastri marjerin.

Lipat doh setelah di letakkan pastri marjerin doh mesti menutupi semua pastri marjerin.

Canai doh secara memanjang kehadapan seperti di dalam gambar.

Lipat doh secara betindih dan balut dengan plastic cling, dingin bekukan selama 20 minit. Kemudian keluarkan doh dan ulang proses mencanai dan melipat sekali lagi (seperti 3 gambar diatas). Bungkus doh dengan plastic cling kembali dan dingin bekukan 30 minit.

UNTUK MEMBENTUK CROISSANT :-

Keluarkan doh, tabur sedikit tepung pada papan mencanai, kayu penggelek dan juga doh tadi, canai nipis anggaran 0.5 cm. Ukur dengan pembaris untuk mendapatkan ukuran doh 16 inci x 8 inci. Potong lebihan doh. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama besar ( 4 inci x 4 inci setiap satu bahagian). Bahagi dua setiap bahagian supaya menjadi 3 segi.

Tabur sedikit teping, berhati ambil satu keping bahagian 3 segi..mesti bentuk 3 segi tau..kalau idak tak lawalah bentuk dia nanti...pastu canai sedikit biar bahagian depannya memanjang seperti dalam gambar. Pastikan bahagian bucu berada didepan.

Tada...dah siap...buatlah macam ni sampai habis...

Susun doh yang telah siap ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan telah dilenser sedikit mentega. Biarkan doh naik lagi selama 45 minit.

Setelah 45 minit....doh dah naik.... bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit-20 minit atau hingga masak dan bergantung pada oven masing-masing.

Baru keluar dari oven...harum semerbak...masa ni baru rasa berbaloi buat croissant ni...walaupun ambil masa yang agak lama...

Untuk si imran dan ira...tambah lagi coklat dan coklat rice.....

2 ulasan:

Dalila Hamid berkata...

menarik menu ni... bla dtg mood boleh cuba ni.. :)

Melly Octaviana berkata...

hmmm... teringin makan croissant liat nya.. btw salam kenal dari melly..follower no 170.. ;)