Isnin, 26 Disember 2011

Resepi Masak Asam Daging Tetel


Bila dah jemu makan bersantan raya-raya ni..teringinlah pulak nak makan lauk macam ni...tetel tu akak dah rebus dah..tapi ashik keluar masuk balik dalam peti sejuk sebab suami akak puasa jadi tak leh masak pedas-pedas.

Akak main campak-campak ajer..tapi nak senangkan sape yang teringin nak masak akak catat ikut resepi chef ah mat gebu yer.
Bahan-bahan
  • 1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)-akak rebus kejap-akak campur daging sedikit
  • 1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa (tak letak gula)
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 camca besar lada hitam*
  • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
  • Air secukupnya
akak tambah : halba campur (sebelum tumis bahan kisar..masukkan dulu halba ni dan daun limau purut) dan 2 batang serai di titik (tumbuk sedikit) di hujungnya
 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba campuran, serai, bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
  3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (masukkan daun limau purut yang telah di siat.) Hidangkan panas.

Jumaat, 23 Disember 2011

Udang Goreng Berempah Dayangjack


Ambil resepi dari rumah http://dayangjack.blogspot.com/.salah satu penyumbang resepi yang sedap-sedap...seronok jugak bila dah ada member cyber yang bagi resepi sedap-sedap..tak kedekut resepi...
 
Bahan-bahan :

* 500 g udang galah
* 4 ulas bawang putih*
* 2 sb cili kering kisar
* 1 inci halia*
* 1 sb serbuk kari ikan
* 1 sk jintan manis (disangai)
* 1 sk ketumbar (disangai)
* 1 sk jintan putih (disangai)
* 1 sk serbuk kunyit
* 1 sb tepung beras
* 1 biji telur
* 1 tangkai daun kari
* garam secukupnya
* minyak utk deep frying

Cara-cara :


1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
2. Jintan manis, ketumbar dan jintan putih ditumbuk sekali dan satukan dgn langkah 1.
3. Sediakan bekas yang besar. Masukkan bahan2 yang ditumbuk td bersama serbuk kunyit, cili kisar, daun kari dan garam. Gaulkan.
4. Masukkan udang. Gaul sebati.
5. Masukkan telur. Gaul lagi.
6. Akhir sekali masukkan tepung beras dan gaul rata2. Perap selama 1 jam atau lebih.
7. Panaskan minyak di dalam kuali dgn api sederhana. Goreng udang sedingga masak.

Selasa, 20 Disember 2011

Resepi Sambal Pekat Sotong Kering


 

Dah masak dah lamaer dah..tapi tak jumpa gambar....ambil dari umah Ummi di Kuantan jugak...tak leh cerita panjang..ada hal yang nak di uruskan...nak gi ke ijn kejap..akak c & p dari umah ummi..terima kasih ummi..


Bahan:-
7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula melaka
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat

Cara Memasak:-
Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan. 
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. 
Perlahankan api dan masak hingga naik minyak. 
Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. 
Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering. 
Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. 
Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

Isnin, 19 Disember 2011

Resepi Tart Telur (Egg Tart)

hairan gak bila dah masak kenapa kulit dia kecut sikit ek


Bila Yana sebut nak makan tart telur akak kata..
cubalah buat ..ashik suruh mak ajer.

Kenalah suruh dia belajar buat. Kan orang kata anak perempuan ni kalau belajar sepandai mana pun mesti akhirnya keceruk dapur juga. Betul tak?

Sebenarnya akak tak rajin nak buat kulit tart ni. Kalau nak makan selalunya akak beli ajer pasal anak-anak yang suka sangat dengan tart telur. Lagipun akak malas betul nak buat kulit tu satu-satu. Walaupun tak secantik mana, jadilah kan..at least dia dah mencuba.

Mula-mula buat dalam bekas kecik-kecik tapi ada lebihan doh lagi. Akak suruh dia buat kat acuan pai pulak. Puas makan bila buat sendiri.


Bahan pastri (akak buat 2 kali ganda)
125gm butter
40gm gula icing
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara
Semua bahan diatas diadun menjadi doh.
Bentukkan doh dalam acuan tart, cucuk-cucuk dengan garpu.
Bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.
 

Bahan Kastard Telur
1 cawan susu segar(akak guna susu kotak)
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula dan masukkan semua bahan yang lain dan kacau sebati.
2. Masukkan adunan ini ke dalam kulit tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 8-10 minit pada suhu 175'C.
3. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.
 

Ahad, 18 Disember 2011

Resepi Ayam Masalla

Ambi resepi ni dari umah mamaella...dah buat lama dah..tapi baru nak show kat sini..katanya dia ambil resepi dari buku Asmah Laili chef fofular di singapura..terima kasih ye bagi resepi ni..macam biasa akak c & p aje ...

Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam potong 12 bahagian - dicuci dan dtos air nya
  • 2 sudu makan chili boh atau kisar
  • 7 batang lada hijau*
  • 4 biji Bawang besar*
  • 6 biji Bawang putih*
  • halia sejengkal*
  • Sedikit lengkuas-dititik
  • 1 batang Serai- dititik
  • 1 sudu makan campuran serbuk ketumbar, jintan manis dan kasar
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan rempah kari ayam
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga pelaga
  • 2 biji bunga cengkeh
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • sedikit daun ketumbar dan pudina
  • 1 biji buah tomato - dibelah 4
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Bawang goreng untuk ditabur
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 sudu teh minyak Sapi

Cara-caranya:-

1 Kisar halus bahan-bahan *. Panaskan kuali dan masukkan Minyak sapi dan minyak masak. Bila minyak dah Panas, masukkan 4 sekawan( cengkeh, pelaga dan etc) kedalam nya. Bila ia mula meletup-letup masukkan serai dan lengkuas, bila dah wangi sedikit baru masukkan bahan-bahan kisar dan Chilli boh. Kacau sehingga sebati dan rata.

2 Bila rempah sudah wangi, masukkan rempah garam masala, kari, serbuk ketumbar dan jintan dua macam dan kacau lagi biar ia nya sebati dan keluar minyak.

3 Bila dah keluar minyak masukkan sos tomato dan buahnya sekali, kacau lagi baru masukkan ayam dan balik-balikkan serta tutup periuk nya dan menggunakan api sederhana.

4 Bila ayam sudah separuh masak , masukkan dua macam daun dan garam serta lada putih, kacau perlahan-lahan dan biarkan sampai ayam nya masak dan kuahnya agak pekat.

5 Rasa apa yang kurang, angkat dan taburkan dengan bawang goreng. Enak dimakan dengan nasi beryani atau roti nan atau capati...

Sabtu, 17 Disember 2011

Cara Buat Croissant

Pernah buat croissant ni dulu..dulu gunakan resepi...lupa pulak nama dia dari myr...masa kali pertama buat tu..dah kata dalam hati..serik nak buat lagi...rupanya vitamin R banyak teringatlah balik nak buat lagi.....kali ni akak guna pula resepi dari rumah ah mat gebu..tapi resepi asal dari Alex Goh..

kalau nak croissant ni vitamin R mestilah terlebih sangat-sangat.....ambil masa yang lama nak buat benda ni..kalau tak percaya tanya cik mat tu..akak start menguli dari pagi ... siap dah nak tengahari...sambil tu selang seli dengan buat kerja rumah...akak ambil terus dari rumah cik matlah....sorry ye cik mat..tapi akak edit sikit..

Bahan-Bahan
  • 210 g tepung roti (high-protein flour)
  • 90 g tepung gandum
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softener
  • 30 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 15 g susu tepung
  • 2 camca teh instant yeast
  • 180 ml air ais
  • 45 g mentega
  • 120 g pastry margarine (boleh beli dikedai2 baking)-suhu bilik

Cara membuatnya

UNTUK DOH :-
  • Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan pastry margarine. Uli hingga menjadi doh, tambah mentega dan uli lagi 15 - 20 minit hingga doh menjadi licin dan anjal seperti doh roti canai. Bungkus doh dan simpan dalam freezer 1 jam.
  • KAEDAH LAIN :-Masukkan bahan diatas kecuali pastry margarine ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan, bila lepas 30 minit atau selesai menguli, off kan BM dan keluarkan doh, balut dengan plastic cling dan simpan dalam freezer 1 jam.
Canai pastry margarine antara 2 keping plastik sehingga leper. Ketepikan

Keluarkan doh dari freezer.....taburkan tepung kerana doh melekat dan canai doh menjadi 1 cm tebal dan bentuk empat segi memanjang. Letak pastri marjerin pada satu bahagian dan lipat doh supaya menutupi pastri marjerin.

Lipat doh setelah di letakkan pastri marjerin doh mesti menutupi semua pastri marjerin.

Canai doh secara memanjang kehadapan seperti di dalam gambar.

Lipat doh secara betindih dan balut dengan plastic cling, dingin bekukan selama 20 minit. Kemudian keluarkan doh dan ulang proses mencanai dan melipat sekali lagi (seperti 3 gambar diatas). Bungkus doh dengan plastic cling kembali dan dingin bekukan 30 minit.

UNTUK MEMBENTUK CROISSANT :-

Keluarkan doh, tabur sedikit tepung pada papan mencanai, kayu penggelek dan juga doh tadi, canai nipis anggaran 0.5 cm. Ukur dengan pembaris untuk mendapatkan ukuran doh 16 inci x 8 inci. Potong lebihan doh. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama besar ( 4 inci x 4 inci setiap satu bahagian). Bahagi dua setiap bahagian supaya menjadi 3 segi.

Tabur sedikit teping, berhati ambil satu keping bahagian 3 segi..mesti bentuk 3 segi tau..kalau idak tak lawalah bentuk dia nanti...pastu canai sedikit biar bahagian depannya memanjang seperti dalam gambar. Pastikan bahagian bucu berada didepan.

Tada...dah siap...buatlah macam ni sampai habis...

Susun doh yang telah siap ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan telah dilenser sedikit mentega. Biarkan doh naik lagi selama 45 minit.

Setelah 45 minit....doh dah naik.... bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit-20 minit atau hingga masak dan bergantung pada oven masing-masing.

Baru keluar dari oven...harum semerbak...masa ni baru rasa berbaloi buat croissant ni...walaupun ambil masa yang agak lama...

Untuk si imran dan ira...tambah lagi coklat dan coklat rice.....

Isnin, 5 Disember 2011

Tureen Dumex

Entah kenapa sekarang ni tengah giler-giler kumpul barangan lama dumex ni.  Mungkin teringat kisah semasa anak-anak yang masih kecil memang hisap susu jenama DUMEX.  Bila tenguk perkataan ini teringat macamana gaya anak-anak akak terutama Russhdi, Firdaus dan Yana hisap susu ini.

Harga barang ni pun berdentam dentum mahalnya sehingga boleh mengempiskan poket tapi demi nafsu nakkan barangan ini terpaksa gak beli.  Itu pun kalau ada wang lebih..kalau ada yang berkenan tapi harga tak mampu nak beli akak cuma layan tenguk gambar di blog dan facebook ajerlah.

Ikan Kerisi Masak Taucu

 teringat kisah Yana..dia beli ikan kat pasar di sana..tapi tak tau nama ikan ni ..pastu nak masak apa. Dia sms akak tanya mak nak masak apa ikan ni...ikan tu warna merah. Blurrr gak..takut ikan merah..Akak kata ambik gambarlah..buh kat fb..ooo rupanya ikan kerisi. 

Akak tergelak sebab dah besar pun tak kenal ikan lagi...ni sebab tak pernah gi pasar kat Malaysia.  Duk tempat orang kena masak dan beli barang dapur.
Akak masak ikan kerisi ni sebab tak ada selera makan.  Bila ada masak camni pastu makan dengan nasi panas..memang berselera makan.  Akak ambil resepi ni dari geng masak memasak Ummi kat Kuantan.

Bahan-Bahan
2 ekor ikan kerisi (bersihkan dan gaul garam + serbuk kunyit)
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - hiris 1 inci halia - hiris halus
1/2 biji capsicum - potong dadu-tak letak
5-6 cili api di tumbuk-akak tambah
1 biji cili merah - belah 4
1 biji cili hijau - belah
1 biji tomato - belah 6
1 labu bawang besar - dadu
3 sudu besar taucu
2 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan air
1 sudu kecil gula garam

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan kembung secara deep fry hingga kekuningan. 
  2. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit lebihkurang 4 sudu besar. 
  3. Tumis bawang besar, cili api tumbuk, bawang putih dan halia.
  4. Kacau hingga cili naik minyak, masukkan taucu, air asam jawa, gula dan air.
  5. Letak ikan dan biarkan ikan mesra. 
  6. Tak perlu garam sebab taucu dah masin pun..(terpulang lah). Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Gaul rata dan tutup api.