Isnin, 27 Jun 2011

Puding Caramel (Versi Lain)

 
Buat puding caramel ni ke rumah Eyriqazz, tempahan nak buat makan-makan sempena sambutan hari jadi anak dia yang ke 2 tahun. 

Sebenarnya ada macam-macam stail nak buat puding caramel. Ni salah satunya dan akak dah pernah buat dulu. Yang ni nampak tebal sebab akak buat 1 1/2 kali adunan.

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  KARAMEL 
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. (Rasa dengan jari tau)
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. (Akak tuang ke dalam loyang dengan menggunakan tapisan,,nak bagi cantik kat puding tu)
  5. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  6. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  7. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  8. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  9. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

Tiada ulasan: