Jumaat, 12 November 2010

Resepi Spageti Bebola Daging

Tarikh 16hb November 2008
Ehmmm..teringin nak makan spagetilah pulak......dah lama dah tak buat benda ni........kebetulan anak teruna balik........ashik makan benda yang sama.........tukarlah seleralah pulak pagi ni.........
Spageti ni kalau buat biasa aje tak ada daging tak sedaplah..........akak buat ni dalam 6 orang punya makan tau..........5 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.........kalau yang ada satu atau 2 orang anak kecil tu..janganlah ikut resepi akak........ambil separuh aje dari bahan-bahan dia.........jom salin.............

Bahan-Bahan

1. 500 gm spageti
2. 430 gm pati tomato (puree)
3. 2 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
4. 3 biji bawang putih
5. 2 biji tomato yang besar
6. 1 sudu teh oregano
7. 1 sudu teh thyme
8. 1 sudu teh mixed herbs
9. garam (ikut citarasa masing-masing)
10 5 sudu makan tomato sos
Bebola Daging
1. 400 gm daging kisar
2. 1 biji bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. 2 sudu makan bread crumb
5. 1 sudu makan tepung jagung
6. 1 sudu teh lada sulah/lada hitam
7. 1/2 sudu teh garam (ikut citarasa sendiri)

Cara Membuat Bebola Daging

1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Masukkan kedalam daging kisar.
2. Masukkan juga lada sulah/lada hitam, bread crumb dan garam.
3. Bulat-bulatkan sebesar guli dan panggang sebenar.

Cara Untuk Buat Sos

1. Rebus spageti sehingga lembut..kemudian tos dan bubuh sedikit minyak/minyak zaiton
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih (akak guna w/p aje)
3. Tomato di potong halus....(ataupun guna w/p)
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih.
5. Setelah naik bau..masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit...dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan tomato puree dan 2 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme dan mixed herb. Masukkan juga bebola daging yang telah di panggang tadi.
9. Masukkan tomato sos....Biarkan sos mendidih sehingga 20 minit (pekat)


Sos yang sedang mendidih dengan menggunakan api perlahan. Setelah pekat bolehlah di padam api..Rasa dulu tau....nanti tawarlah pulak.......
Siap untuk di makan...............

Tiada ulasan: