Selasa, 21 Disember 2010

Resepi Sotong Goreng Tepung

Kalau goreng sotong akak memang suker pakai resepi ni...adik ipar yang pernah kerja kat restoren bagi tau akak resepi ni...dah cuba pakai adunan cair tu...tapi tak berapa bestlah...memang jadi kesukaan anak-anak...dulu pernah tepek resepi...tapi tengah tak ada kerja ni...tepeklah lagi sekali...

Bahan-bahan

  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
Cara-caranya
1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas.

2 ulasan:

rodziah berkata...

Klu gantikan tepung gandum dengan tepung beras & tepung jagung (campur dua-dua sekali) sotong lebih rangup. Sy buat mcm tu, sedap. Family sy suka.

成人a片 berkata...

露點走光
射在高跟鞋
情色影片線上免費看
通博現金網
運彩投注
線上輪盤
視訊交友聊天室
網路主播影音視訊秀
視訊做愛