Khamis, 30 Disember 2010

Resepi Tepung Pelita

Kalau bulan puasa ...memang kuih nilah yang selalu beli...kalau makan kuih ni ..terasa sejuk je tekakkan...oleh kerana sekarang ni...anak dah ramai....kalau seorang makan 4 biji..x dengan 7 orang..dah berapa kena beli....kira sendirilah...nasib baik jumpa resepi si Yani taukeh myresepi ni..terima kasih ye yangi....sekarang nak jimat cermat punya pasal....terpaksalah buat...nak pakai daun pisang tu susah sikit rasanya....jadi gunakan aje bekas plastik..

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (hijau)
1. 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan gula
3. 5 cawan air
4. 4 helai daun pandan di mesin dgn sedikit air (akak buat 7 helai)tapis.
5. sedikit kapur dan garam
6. pewarna hijau (ni akak tambah sendiri)
7. gula secukupnya - untuk diletak diatas lapisan hijau.

Cara-cara
1. Campurkan tepung beras, air, air daun pandan, gula, garam dan air kapur.
2. Masak di atas api perlahan sehingga campuran diatas menjadi pekat dan berkilat.
3. Bila dah masak cepat-cepat masukkan ke dalam acuan yang disukai. akak gunakan bekas plastik aje...
4. Selalunya part ni...anak-anak suka tolong...tapi panaslah..kena hati-hati...lepas di tuang taburkan sedikit gula.....dalam resepi tak tulis..akak saje-saje tambah...kalau idak rasa tawarlah...

Bahan untuk lapisan atas (santan)

1. 1 biji kelapa di perah menjadi 4 cawan santan.
2. 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
3. sedikit garam

Cara-cara
1. Campurkan semua dan masak di atas api perlahan sehingga pekat.
2. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan.

Memang senang dan mudahkan nak buat kuih ni...kat rumah akak kena buat 2x ganda..kalau idak...... tak cukup.



Jumaat, 24 Disember 2010

Resepi Pizza

Bila anak-anak dah berkumpul semula barulah seronok nak buat macam-macam....ada nak makan pizzalah..nak makan kek kejulah...oleh kerana sibuk hari sabtu dengan kenduri kawin dan kenduri cukur jambul cucu ustaz depan rumah..tak sempatlah nak buat pizza petang sabtu tu..

akhirnya buat pizza hari ahad pagi...sebenarnya doh ni...macam-macam resepi dia...akak suka buat pakai resepi ni...entah kat mana ambik..dah lupalah.....

Sebenarnya ada 2 pizza yang sedang..tapi tak sempat nak snap...dah masuk dalam mulut anak-anak...dah lapar...tinggal yang kecil aje...

Bahan Untuk Doh
1. 2 cawan tepung roti (kat rumah akak kena buat 2x ganda)
2. 1 sudu kecil yis segera
3. 1 sudu teh gula
4. 1/2 sudu teh garam
5. 1/2 cawan air suam (akak tambah sikit dalam 2 sudu makan)
6. 2 sudu makan minyak zaiton


Cara-cara
1. Campurkan gula dan yis dalam air suam. Biarkan berbuih.
2. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang di campur dengan garam dan minyak zaiton.
3. Uli sehingga lembut dan licin. Tutup dengan sling wrap dan biarkan naik sehingga 2x ganda.
4. Setelah naik...tumbuk untuk buang angin dan canaikan dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Biarkan seketika. Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.


Bahan Untuk Sos

1. 500gm daging kisar
2. 1 biji tomato (kisar halus)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 3 sudu makan sos tomato
5. 2 sudu makan pes tomato
6. 1 sudu teh mixed herb
7. 1 sudu teh pizza herb
8. 3 biji bawang putih di cincang
9. garam secukup rasa
10. minyak zaiton

Cara-cara
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, pizza herb dan garam.
4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api.


Bahan Untuk Di letak di atas pizza(sebenarnya ikut suka hati)Akak letak

1
. hot dog (hiris halus)
2. filament stick crab (potong kecil)
3. cili banggala/bawang besar
4. nanas dalam tin
5. cheddar cheese
6. mozarella chee
se

Selasa, 21 Disember 2010

Resepi Sotong Goreng Tepung

Kalau goreng sotong akak memang suker pakai resepi ni...adik ipar yang pernah kerja kat restoren bagi tau akak resepi ni...dah cuba pakai adunan cair tu...tapi tak berapa bestlah...memang jadi kesukaan anak-anak...dulu pernah tepek resepi...tapi tengah tak ada kerja ni...tepeklah lagi sekali...

Bahan-bahan

  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
Cara-caranya
1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas.

Ahad, 19 Disember 2010

Resepi Donut Ala-Ala J'Co

Dah lama si imran nak makan donut...kalau buat roti cinnammon aje...dia buat muka masam...ashik-ashik cinnammon aje..donut tak ada ke? Petang semalam buatlah donut...dah macam-macam resepi donut yang akak cuba...kali ni nak cuba pulak resepi donut ala-ala J'Co....memang tak di nafikan donut tu memang sedap...tapi bagi anak ramai macam akak ni..tak larat nak membeli...setakat 2 biji bolehlah kot...resepi ni akak ambil dari rumah loveliana...sifu deco kek yang cantik tu...terima kasih ye loveliana...akak buat setengah adunan aje..itupun dapat banyak....

Bahan A

  • 850gm tepung high protein
  • 11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 600ml air masak suam

Bahan B


  • 200gm tepung high protein
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 60gm susu tepung
  • 125gm gula castor
  • 2 biji telur saiz kecil
  • 125gm shortening (atau majerin)
Cara-caranya
1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap. 3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula.Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap. 4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm..terap menggunakan acuan donat. Kalau nak bubuh inti ...terap gunakan cawan macam akak buat.
5. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Ni sebelum doh kembang.
Rehatkan lagi 10minit. Doh dah kembang...
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.

7. Akak buat macam-macam topping...ada yang inti kaya...blueberry jem...lumur dengan gula halus. Ada yang bubuh topping cream cheese pastu letak badam cincang dan coklat urai.
Sedap di makan waktu petang, malam dan pagi.........memanglah lembut tapi mana nak sama dengan J'Co kan....mereka ada secret recipe.........

Jumaat, 17 Disember 2010

Resepi Puding Caramel (versi lain)

Anak akak si Ira ni dari 2 minggu lepas sibuk nak buat puding ni nak bagi member-member rasa masakan dia.  Masa tu dia nak buat pukul 2.00 petang.  Akak pun pot pet pot pet..marahkan dia.  Mana sempat nak buat kalau dah pukul camtu.  Ambil masa gak nak megukus dan membuatnya.


Minggu lepas akak bising suruh dia buat pagi.  Oleh sebab dia ni bukanlah orang yang rajin dan first time ke dapur, akak kenalah tenguk.  Kang entah jadi apa-apa.  Aduhai ...akak memang tak sabar kalau tenguk orang buat kerja lambat macam tu.


Akhirnya tertunailah hasrat di hati dia nak bawak gi asrama.  Nasib baik sedap.  Resepi ni dari Myresepi oleh Alia.


Bahan-bahan
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARAMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.  (Rasa dengan jari tau)
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. (Akak tuang ke dalam loyang dengan menggunakan tapisan,,nak bagi cantik  kat puding tu)
  5. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  6. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  7. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  8. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  9. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti a

    tercederalah pulak bila masukkan dalam bekas plastik ais krim ni

Rabu, 15 Disember 2010

Resepi Karipap Pusing

Semalam liyana bukak mulut nak makan karipap..okeylah..macam tu tolong kupas kentang..bawang......dia nak karipap lapis..alamak lecehlah..janji dengan yana...
tolong mak klim tau..benda ni nak kena banyak kali gelek....suruh dia buat adunan tepung ikut resepi rinnchan....inti resepi akak sendiri...

Bahan-bahan untuk inti
1. 6 biji ubi kentang (di potong kiub atau di parut kasar)
2. 2 biji bawang besar (dipotong halus)
3. 4 biji bawang putih (di tumbuk)
4. 6 biji bawang merah (di tumbuk)
5. 1/2 inci halia
6. 4 sudu makan kari ayam (kalau nak pedas..tambah lagi)
7. 1 tangkai daun kari
8. 200 gram ayam/daging di potong kecil(kalau nak tambah pun boleh..lagi sedap)
9. minyak dan garam secukup rasa
10. kiub ayam maggi (optional)/air

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk. Masukkan juga daun kari.
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air..biarkan hingga naik minyak..masukkan pula ayam/daging. Masukkan garam.
3. Masukkan ubi kentang dan bawang besar dan tambah 1 cawan air.
4. Masukkan kiub ayam maggi dan masak sehingga ubi kentang empuk dengan api yang perlahan.
5. Biarkan sejuk sebelum di gunakan.

Bahan-bahan untuk doh minyak
1. 300gm tepung gandum
2. 1/4 cawan minyak masak
3. 1/2 cawan air suam
4. secubit garam

Cara-cara
1.  Letak garam dalam tepung.
2.  Tuang minyak sedikit demi sedikit dan gaul dengan jari.
3.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat di jari.
4.  Bahagikan kepada 6-7 bahagian.

Bahan-bahan untuk doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin (akak ganti dengan mentega..marjerin tak ada stock)

Cara-cara
Campurkan marjerin di dalam tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak menjadi adunan yang tidak melekat di tangan. Bahagikan kepada 6 -7 bahagian.


Adunan minyak mesti besar dari adunan marjerin.
Tutup adunan minyak dengan rapi.
Canaikan.
Gulung memanjang.
Canai lagi. Nanti akan jadi adunan yang panjang.
Potong 2.
Gulung lagi dan potong 2-3 bergantung kepada panjang doh..
Jadi macam ni...
Canai lagi..
Klim macam biasa.
Goreng hingga keemasan.

Gambar blur sikit...hari nak hujan masa tu..tak pasang lampu..dapat banyak jugak..puaslah makan..
Memang leceh buat karipap ni...kalau 2 orang buat cepat sikit..patutlah orang jual mahal. Tapi akak suka yang biasa.

Selasa, 14 Disember 2010

Resepi Nasi Ayam Kak Ina

Oleh kerana kamera dah ada balik...barulah dapat masukkan gambar masakan...yelah...anak dara pakai nak ambil gambar...kalau tak bagi...nanti dia kata akak kedekut pulak....nasi ayam ni masak minggu lepas....

Bahan-bahan untuk sup
1. 1 ekor ayam di belah 4
2. 1 sudu makan ketumbar*
3. 1 sudu makan jintan manis*
4. 7 biji bawang kecil*
5. 5 biji bawang putih*
6. 1 1/2 inci halia*
7. 1 kiub ayam maggi(optional)
8. Air ikut keperluan
9. 1 batang akar daun sup
10. daun sup dan daun bawang
11.bawang goreng
12. garam secukup rasa

Untuk Tumisan
1. 1 labu bawang besar )
2. 2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
3. 1 biji bawang putih )
4. 1 batang kayu manis
5. 2 biji buah pelaga
6. 2 biji bunga cengkih
7. 2 bunga lawang
8. 1 bungkus sup punjut (akak guna mak siti)
9. marjerin/minyak/mentega secukupnya
10.sehelai daun pandan

Cara-cara
1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris. Masukkan daun pandan.
4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
7. Masukkan stok maggi, garam dan akar daun sup.
8. Biarkan mendidih dan padam api.
9. Toskan ayam.

Bahan untuk nasi

1. 3 cawan beras
2. Air rebusan ayam-ikut sukatan beras
3. 1 kiub ayam maggi(optional)
4. marjerin/minyak/mentega
5. garam
6. 1 labu bawang besar)
7. 1 biji bawang putih )di hiris halus
8. 3 biji bawang kecil )
9. 1 inci halia ) 

Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang yang telah dihiris dengan margerin. Ada orang guna lemak ataupun kulit ayam untuk jadikan minyak...akak kdg-kdg buat jugak...
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa tapi lebihkan sikit air..masukkan juga sedikit garam dan kiub ayam maggi dan kacau selalu.
4. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau.

Bahan untuk perap ayam
 
Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam..kadang-kadang akak bubuh sikit madu...kadang-kadang pulak bubuh sikit sos cili...biarkan dalam 1/2 - 1 jam. Bakar atau pun goreng. Kalau goreng jangan lama sangat....agak-agak garing angkat...

Untuk Sos

1. 5 biji cili merah (buang biji)*
2. 4 biji bawang putih*
3. sos cili
4. gula
5. cuka/jus limau

 Cara
1. Kisar cili merah dan bawang putih.
2. Masak di atas api kecil....masukkan sos cili dan gula.
3. Pandai-pandai adjust rasa dia.....kadang-kadang akak masak pakai agak-agak jadi payah sikit nak tulis berapa banyak.

Kuah kicap

1. Sos tiram
2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
3. Air rebusan ayam (sup)

Cara-cara
Campurkan semua. Tenguk kepada kepekatan yang di kehendaki.

Bahan Sampingan
1. Tomato
2. Daun Salad
3. Timun


Sup ni akak tambah tomato, lobak merah dan meat ball yang lebih buat spageti hari tu..rumah akak jarang ada timun masa makan nasi ayam...tak laku...

Isnin, 13 Disember 2010

Resepi Ikan siakap masak masam manis


Dah lama tak makan ikan siakap ni.....anak-anak dah sebut balik dah...kebetulan gi kat tesco jumpalah pulak ikan ni....saiz dia tak besar ... tak kecik.....okeylah tu..senang nak masuk dalam kuali...harga pun tak mahal macam zul jual ikan kat rumah akak ni.........

Bahan-bahan
1. 1 ekor ikan siakap saiz sedang
2. 3 sudu makan cili kisar (bergantung kepada kepedasan masing-masing)
3. 5 biji bawang putih
4. 1 sudu teh lada hitam
5 1/2 inci halia
6. 3 sudu makan sos tomato
7. 1 sudu makan sos cili
8. 1/2 cawan air
9. 1/2 cawan air nenas dalam tin (ayam brand)
10. nanas dalam tin (akak ambil dalam 7 ketul aje..terpulang pada diri sendiri....anak tak nak makan)
11. 2 biji bawang besar (di hiris halus)
12. lobak merah (optional)
13. daun saderi (optional)
14. cili benggala (optional)
15. garam 
16. 1 sudu makan gula
17. minyak yang banyak
18. tepung jagung-salut kat ikan

Cara-cara
1. Bersihkan ikan siakap dan rendam dengan air asam jawa sekejap.
2. Toskan dan bubuh garam di semua bahagian ikan dan lumurkan dengan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh dalam kuali. Toskan.
3. Guna sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah di tumbuk bersama-sama hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam.
5. Masukkan pula air dan air nanas dalam tin.
6. Masukkan juga cili sos, tomato sos, nanas dalam tin dan gula.
7. Biarkan kuah pekat baru masukkan saderi, cili banggala, tomato dan bawang besar.
8. Rasa dah okey curahkan keatas ikan.  Sedap di makan panas-panas

p/s Masak masam-masam manis ni bergantung kepada tekak sendiri sebenarnya...yang akak buat ni sesuai dengan tekak akak..sedap dimakan panas-panas............selamat mencuba..

Resepi Rendang Ayam Minang

 
Rasanya semua tahu masak rendangkan...masing-masing ada cara tersendiri. Resepi ni mak akak yang ajar..almaklumlah makkan dulu masa kecil duduk negeri sembilan.....tapi akak tambah buah keras dan bubuh daun salam.....saja nak tukar rasa....ada yang suka bubuh cili api sikit....kat rumah akak ni tak boleh bubuh cili api ni....perut akak dan suami dah tak tahan..... Akak lebih suka masak rendang gunakan ayam tua atau ayam kampung....sedaplah sikit rasanya..kalau ayam bandar cepat hancur....

Bahan-bahan

1. 1 ekor ayam
2. 8 biji bawang merah*
3. 5 biji bawang putih*
4. 1 inci halia*
5. 1 inci kunyit hidup*
6. 1/2 inci lengkuas*
7. 5 batang serai*(3 batang dikisar..2 batang di titik sahaja)
8. 2 biji buah keras*
9. 2 camca teh jintan manis#
10.1/2 camca teh jintan putih/halus#
11.2 camca teh ketumbar biji#
12.1 camca teh lada hitam#
13. 20 batang cili kering (jangan basuh-kalau nak pedas tambah lagi)#
14. 1 camca makan kerisik
15. 2 helai daun kunyit dan 2 helai daun salam
16. 500 gm santan
17. garam secukup rasa
18. sedikit minyak

Cara-cara
1. Ayam di bersihkan dan dipotong 16. Rebus sebentar.
2. Sangai semua bahan bertanda # (msk dlm kuali dan gunakan api kecil, jangan hangus..) kemudian kisar dengan sedikit air.
3. Kisar bahan bertanda *.
4. Tumis bahan bertanda# dahulu sehingga naik bau.
5. Masukkan pula bahan yang bertanda * yang siap di kisar.
6. Masukkan ayam yang telah di rebus. Biarkan sebentar.
7. Masukkan pula santan. Biarkan sehingga jadi pekat.
8. Masukkan pula kerisik dan garam. Rasa dulu dan bolehlah di padam api.

Sabtu, 11 Disember 2010

Resepi Brownies

 
Nak buat brownies memang senang. Buat satu loyang cepat aje habis. Resepi ni di ambil dari My Resepi.Com......ni Puan Yani punya resepi...

Bahan-bahan
1. 70gm mentega (suhu bilik)
2. 130gm gula halus
3. 100gm tepung gandum
4. 20gm serbuk koko
5. 2 biji telur (suhu bilik)
6. 55gm walnut(akak ganti almond nibs)
7. 1 bar coklat

Cara-cara
1. Panaskan oven 190C.
2. Ayak tepung dan serbuk koko.
3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.
5. Masukkan tepung yang di ayak dan badam. Kaupbalikkan.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 25-30 minit.
7. Bila dah siap, keluarkan borwnies dari oven dan patah-patahkan coklat bar tadi keatasnya. Masukkan semula ke dalam oven. Bila coklat sudah cair, keluarkan dari oven dan ratakan. Akak saja aje tambah gula hiasan tu.
8. Bila sudah sejuk dan coklat dah keras bolehlah di potong.

Jumaat, 10 Disember 2010

Resepi Kek Coklat (Versi Bakar)


Rabu, November 19, 2008 

Kek ni dibuat masa hari jadi anak akak yang ke 2. Ala..si Firdaus tu....dah 20 tahun dah umur dia...sekejap aje masa berlalu...rasa sakit bersalinkannya masih lagi terasa..........akak kalau buat kek coklat selalu guna resepi yang berlainan..lepas tu tanya anak-anak......sedap ataupun tidak.....nasib baik diaorang kata sedap......tak perasan pulak ambil dari mana...sorry ye tuan punya resepi.........dah tua dah .......jadi tak ingat. Tenguklah decoration akak buat ni....comot.....janji tak beli udahlah..hari sabtu lepas gi ke majlis sepupu suami bertunang............kakak dia beli kek yang sama RM70.00 di hias dengan coklat rice dan sekelopak bunga aising............kalau akak jual.......cepatlah poket kembung.. 

Bahan-Bahan

1. 2 cawan tepung gandum*
2. 1 cawan koko powder*
3. 1 sudu teh baking powder*
4. 1 sudu teh soda bicorbonat*
5. 2 cawan gula
6. 1 cawan susu cair
7. 1 cawan minyak masak/minyak sayur/mentega cair (/ bermakna atau)
8. 1 sudu teh esen vanila
9. 1 cawan air panas (mendidih)
10.3 biji telur

Cara-cara

1. Panaskan oven 175-180C.
2. Ayak bahan yang bertanda *.
3. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanilla dan susu cair.
5. Masukkan mentega cair/minyak masak/minyak sayur.
6. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balikkan sahaja.
7. Masukkan air panas dan kacau sebati.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar 45 minit-1jam (bergantung kepada oven masing-masing).
9. Sejukkan kek sebelum di tuang ganace.

Coklat Ganace

1. 1/2 cawan coklat masakan di potong kecil.
2. 1/2 cawan susu pekat
3. 1 sudu besar mentega.

Cara-cara

1. Double boile coklat masakan sehingga cair.
2. Masukkan susu pekat. Padamkan api.
3. Masukkan mentega dan kacau sebati.
4. Bolehlah di tuang ke atas kek yang telah sejuk.
5. Hiaskan ikut cara sendiri.

Khamis, 9 Disember 2010

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

 
Masak semalam..fening jugak bila ada ikan siakap dalam stok...puas fikir nak masak apa...nasib baik teringat kat blog ummi ada resepi ikan siakap kak liza..apa lagi terus ajer salin dan goreng petang semalam.  Resepi asal dari
 Kak Liza dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza..oleh sebab akak tak beli akak minta resepi dari Ummi ajerlah yer...sayangUmmi..muaaahhhh
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (tak letak)
  • 1/3 biji capsicum hijau 
  • 1 biji tomato - didadu kasar) 
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
    akak tambah-1 batang daun ketumbar (potong kasar)
    1 batang saderi
    1/2 batang lobak merah-nak habiskan stok
    1 biji bawang merah-potong bulat
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.

Rabu, 8 Disember 2010

Resepi Peach Pie/Tart

Ahad, November 23, 2008

Pergi ke rumah masz ...tenguk peach tart/pie......amboi mengancamnya..apalagi hati akak berkobar-kobar nak buat.....selalu buat blueberry chesse tart aje...ni lain sikit..pastry dia macam best aje....kebetulan stok ada dan semua anak ada kat rumah...jadi dapatlah semua merasa.....resepi di ambil dari rumah Suhana's Sweet Savory............terima kasih ye suhana.....oleh kerana resepi dia dalam bahasa inggeris..terpaksalah akak translate kat sini....mesti ayat tak sama...janji semua orang faham udahlah........

Tenguklah potongan tart akak ni...potong masa panas...pasal anak dara nak bawak balik ke kolej.....tak lawalah pulak...tak lawa pun tak apa...rasanya memang sedap sangat....tak cukup satu loyang......nanti kena buat lagi.....pasal akak guna badam cincang...masa makan .... kruck...kruck....lah pulak....lagi satu sepatutnya letak filing dulu baru susun buah peach..akak pulak susun buah peach baru letak filing....kwang..kwang..kwang.....tersalah bacalah pulak........nasib baik jadi...cuma tak lawalah..tak nampak buah peach tu............

Bahan Untuk Pastri

1. 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna)
2. 50gm badam kisar(halus)
3. 60gm gula castor
4. 125gm mentega (suhu bilik)
5. 1 biji telur (suhu bilik)
6. 1 sudu teh esen vanilla.

Caranya

1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.
2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(Do not overknead or pastry won't be flaky)..betul tak terjemahannya...tak betul tolong bagi tahu tau... takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan tepinya.
5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.
6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
8. Sejukkan sebelum di masuk filing.
Filing
1. 20gram tepung serbaguna
2. 120gram badam kisar(akak guna badam cincang)
3. 100gram gula perang
4. 125gm mentega (suhu bilik)
5. 1 biji telur

Cara-cara
1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.
Ketepikan.

Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.

1. 1 tin buah peach (toskan)
2. Gula aising (diayak keatas tart)

1. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan buah peach yang telah ditos.
2. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
3. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dah masak. Ayakkan gula aising diatasnya.
ada lebihan kulit pastri akak buat yang kecil aje untuk si imran...
Ni untuk si athirah.....tak cukup satu...nak lagi satu..........

Isnin, 6 Disember 2010

Resepi Kueh Bakar Pandan

Rabu, November 19, 2008
Best kuih bakar ni.........walaupun di masak tak macam orang dahulu.....tak kisahlah....rasanya kat rumah ni kalau buat........ insyallah habis..........setelah di selongkar terjumpalah pulak bekas acuan kuih bakar dari tembaga yang akak beli di kelantan dah lama dah.....ada 2..satu yang besar dan satu lagi yang kecil........

Suami akak suruh cuba masak dalam acuan yang kecil dulu..... .........lepas di basuh dengan asam jawa dan di masak dengan minyak hingga mendidih barulah akak berani nak cuba buat kuih dalam adunan ni.... nasib baik jadi walaupun di bakar dalam oven...............cara nak membuatnya memang senang........resepi ni dari joayee my resepi...........

Bahan-Bahan
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 cawan gula
3. 3 biji telur
4. 2 1/4 cawan santan (1 can santan-450ml)
5. 1 cawan jus pandan (air di campur dengan pes pandan)
6. 2 susu makan mentega/minyak
7. 1/2 sudu teh garam
8. 3 titik pewarna hijau
9. bijan secukupnya

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu minyak/mentega kedalam loyang.
3. Panaskan oven 180C danb bila minyak/mentega dah panas masukkan adunan tadi.
4. Bakarlah selama 1 jam. Kalau nak garing bakar lama sikit.

Masa membakar tu memang adunan macam naik sedikit..jangan risau.............Bila dah masak kuih akan turun semula.

Ni yang dalam loyang. Bila dah masak dalam acuan tu.....suami tak bagi makan dulu...nanti keracunan katanya.............akak ingat nak ambil gambar aje...........rupanya balik dari hantar orang bertunang.........kuih dah habis...........dimakan oleh anak bujang 2 orang tu...nasib baik tak jadi apa-apa...........

Sabtu, 4 Disember 2010

Resepi Roti Canai

19hb. November 2008
Ashik beli roti canai kat kedai aje.....tak boleh jadi ni..kalau beli kat kedai kena beli 10 keping....dah berapa RM kan.........akak pun terlebih rajin nak buat sendiri. Walaupun tak pandai tebar.....hati dah nak..........buatlah jugak.........main tarik-tarik atas dulang aje.........
janji boleh makan udahlah.....oleh kerana nak buat ni ambil masa.....kenalah uli pukul 6.00 pagi.......resepi ni ambil dari jo Ayee yang duduk jauh di oversea tu..nama penuh tak tahulah pulak........

Bahan-Bahan

1. 550gm tepung gandum
2. 250ml air
3. 3 sudu makan susu pekat-60gm
4. 1 biji telur - 50gm
5. 1 sudu makan mentega/marjerin(akak tambah 2 sudu)
6. 1 sudu teh garam
* kalau nak rapuh lebihkan mentega/marjerin

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk (akak guna mixer)
2. Uli sehingga adunan menjadi doh yang licin dan lembut.
3. Rehatkan dalam 10 minit.
4. Uli lagi dalam 5 minit.
5. Rehatkan lagi.
6. Ulang sehingga 3 kali. Bahagikan kepada 10 bahagian.

7. Salutkan dengan marjerin. Rehatkan 30 minit.

8. Kemudian bolehlah di tebar...kan akak tak pandai tebar..nilah cara akak guna.Ni nak buat roti bom..kena bubuh marjerin..si imran yang suka. Akak tak suka pasal banyak minyak..naik lagilah badan akak ni.......

9. Ni yang biasa. Apa macam...okey tak..........ni belum di nipiskan.


10. Kemudian gorenglah macam biasa. Ni roti bom...
Dah siap boleh cicah dengan kuah kari ke.........akak cicah dengan sambal sotong malbari...alhamdulliah kenyang...........

Selasa, 30 November 2010

Resepi Umbut Kelapa

Rasanya semua orang pernah tenguk umbut ni.........rasanya memang sedap..bukan senang nak jumpa sekarang ni..........masa pergi ke pasar tani hari tu ternampaklah pulak umbut ni...masak lemak sedap ni..........

Bahan-bahan
1. 500gm umbut
2. 20 ekor udang
3. 1 liter santan
4. 3 biji bawang besar
5. 1 biji bawang kecil
6. 1 helai daun salam
7. 1 helai daun kunyit
8. garam secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan umbut dan rendam dengan air garam. Udang juga dibersihkan.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan bahan di tumbuk bersama santan dan udang.
4. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga mendidih.
5. Masukkan garam, daun kunyit dan daun salam.
6. Bolehlah di hidangkan.


Ahad, 28 November 2010

Resepi Kuehtiaw Kungfoo

Isnin, Januari 05, 2009 

Hari sabtu seperti biasa akak ke pasar tani...dah beli segala barang dapur...akak gilah ambil barang lama yang akak booked minggu lepas...kakak yang jual tak ada..yang ada cuma anak dan anak saudara dia...lagi bagus beli dengan mereka ni dapat diskaun lagi....

Penjual tu kata mangkuk ni mangkuk dinasti...apa ye...akak nak tanya sape yang pandai tentang hal ni...macam mana kita nak tahu benda ni original ataupun tiruan...si penjual tu bersumpah mangkuk ni dah berusia ratusan tahun.....
ni pandangan dari dalam....katanya dapat dari kapal karam kat laut...tak tahulah...dia tipu ke ataupun akak tertipu....tenguk gaya macam betul....
beli pulak penimbang lama....tapi tak lengkaplah...kat sebelah bubuh lagi dah tak ada....

balik dari pasar akak buat sarapan pagi....nak cuba buat kuehtiaw kung foo...memang senang nak buat masakan ni...lain kali tak payah gi kedai lagi...ambil resepi dari rumah anawahid...entah kenapa selera kita sama ye ana....dia kata dia ambil dari rumah hanis...oleh sebab malas nak menaip...akak copy and paste ajelah...tapi ada edit sikit...minta maaf ye tuan punya resepi..
Bahan-bahan
  • 400gm kuehtiaw
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada hitam/lada sulah - nak pedas tambah lagi
  • 4 ekor udang-dibuang kulit-tinggalkan ekor
  • 1 ekor sotong - dipotong 5
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • sayur-sayuran - akak letak bunga kobis dan daun sawi
  • 3 ulas bawang putih - ni akak tambah sepatutnya 1 biji(ditumbuk/cincang)
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 biji cili api - akak bubuh sambal kicap
  • sos tiram dan kicap pekat - akak tambah sendiri
  • 1 kiub stok ayam maggi - akak tambah sendiri
  • 4 biji fish ball
  • sedikit daun sop dan daun bawang-hiris
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
  • Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/sulah didalam gelas.
  • Masukkan kuehtiaw sehingga 3/4 gelas.
  • Tuang sedikit minyak ke dalam kuali dan tuangkan bancuhan telur.
  • Ratakan kuehtiaw supaya menjadi nipis....api mesti sederhana aje...buat macam nak buat telor dadar.
  • Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  • Angkat setelah masak.
Untuk kuah
  • Tumbuk 3 biji bawang putih bersama lada hitam.
  • Goreng hirisan bawang merah..keluarkan bila masak.
  • Tumis bawang putih yang telah di tumbuk bersama lada hitam.
  • Masukkan air..bila mendidih masukkan kiub ayam maggi dan garam.
  • Masukkan juga kicap dan sos tiram. Bila mendidih masukkan udang dan fishball yang di potong dua.
  • Masukkan sotong dan sayur-sayuran dan masukkan bancuhan tpg jagung.
  • Tuangkan kedalam pinggan berisi kuehtiaw tadi.
  • Hidangkan panas-panas bersama hirisan daun sop/bawang dan bwg goreng.
  • Akak bubuh sambal kicap...meleleh atas bawah bila makan ni panas-panas..

Lepas makan kuehtiaw ni mesti berpeluh macam orang baru berkung foo...wacaaaaaa.....
p/s kalau nak kuah lebih...tambahkanlah air...pastu tambah garam...