Sayang selasih hamba turut
Buang mak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan
Hari sabtu akak masak nasi lemak...sambal tumis ikan bilis petai dan ayam goreng berempah..
Masak sekali sampai ke petang..nak bawak anak-anak yang 2 orang tu gi pertandingan mewarna anjuran Honda di Mid Valley....Rasanya semua pandai masak nasi lemak ni...ni nasi lemak versi akak.....tak guna daun pandan.
Bahan-bahannya

- 4 pot beras (cawan)
- 1 biji kelapa (ambil santannya)
- 1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang dan 2 biji bunga cengkih
- 1 labu bawang besar, 2 biji bawang kecil dan 2 biji bawang putih
- (dihiris halus)
- 1 sudu teh garam
- Beras dibasuh dan tos airnya. Masukkan santan separas beras tapi lebihkan sedikit.
- Masuk semua bahan diatas.
- Masa memasak nasi ni akak selalu kacau (akak gunakan periuk letrik aje)
- Selepas masak tunggu sehingga 10 minit sambil di kacau lagi...
- Selepas tu bolehlah di hidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan