Jumaat, 30 April 2010

Koleksi Bunga Gandum Coklat

Rasanya bulan ni bulan paling banyak beli koleki pinggan mangkuk lama ni..teruk tul akak ni kan. beli sebab terkenan dengan bunga kat cawan ni..bunga gandum warna coklat..
lepas ni kena cari tekolah pulak

Selasa, 27 April 2010

TEKO WILD ROSES

 
Beli lagi teko ni..tak tahan tenguk tang bunga dia....akak beli dari..ezanygallery
TEKO WILD ROSES nama di beri penutup cam biasa ajer yang mustahak..baru lagi..tak yah samak

Selasa, 20 April 2010

Bunga Padi Beranak pinak

 Dulu ada teko ajer..dah lama beli kat kedai apeks tahun lepas...tak terjumpa pulak lagi dengan anak-anak dia.  Otai kata masa tu teko tu janda.
pastu beli pulak piring kueh ni..
 bila nampak kat blog nannie ada jual..
akak tak boleh tahan..beli lah pula
 kat sebelah
 chop kat bawah cawan
piring cawan
mula-mula cuma ada ni
sekarang dah ada ni..cukuplah..tak yah beli bunga padi lagi..

Sabtu, 10 April 2010

Melabur di MAHA Serdang (tak leh tahanlah tenguk)

Bila dah sampai kat sini...aduhai..nafsu nak membeli pun datang..ishhh..ishhh
akak tak boleh tahanlah ..terus sambar teko aladin (betul ker)
sebab tak ada lagi teko kangkung bentuk yang ini
walaupun budget ketat..tapi nafsu punya pasal..beli lah jugak
jangan tiru cam akak ek..

Rabu, 7 April 2010

Jumpa Nannie (kempis poketku dibuatnya)

Hari Sabtu lepas janji dengan Nannie taukeh pinggan mangkuk nak jumpa di Serdang, Selangor sebab nak ambil kiriman barang dari beliau.  Puas akak pusing-pusing cari tempat jualan ni..pernah pergi ke MAHA dulu..tapi masa tu mana ada tapak jualan kat sini..nasib baiklah suami Nannie guide ..dan akhirnya dapat jugak berjumpa dengan beliau.
Lepas sembang-sembang kami gi jejalan ke tempat jualan ni...tempat ni rasanya ramai jugak dah pergi...rambang mata di buatnya...ishhhh memang boleh kempis poket tau bila gi ke sini.
Kat gerai sebelah...mood nak membeli dah datang balik...habislah budget bulan ni

Ahad, 4 April 2010

Acuan Kueh Akok (betul ker)

Rasanya acuan kueh akok...betul tak orang Kelantan...pasal akak tak pernah makan kueh akok..jadi akak tak kenalah acauan dia camna..

Acuan tembaga ni akak dah beli  lama sesangat..masa akak kerja lagi..dulu akak,  mak dan abah selalu gi ke Kota Bharu..dalam tahun 90...an...sebab cari nak sutera nak di jual di sini.
Kebetulan ada pulak sepupu abah jual barang camni..akak lupa pulak kat kampung apa ke nama..
kat dalam rumah dia memang banyak sungguh benda-benda  camni..
 sampaikan nak jalan pun tak boleh..sampai pihak muzium kelantan pun pernah beli barang tembaga lama dari beliau...tapi sayang bila arwah meninggal semua barang ni di jual lelong oleh anak-anak dia..rugi sungguhlah kan..anak dia tak tahu kot nilai barang ni..