Tarikh : 11hb. November 2008

Tenguk  rumah member-member cyber ramai yang suka buat kek  ni..tak tahan akak  tenguk..ashik telan air liur...bila dah buat..akak aje yang makan dengan  hb..dapat 2 loyang...bagi kat mak.....kakak.....masih ada lagi satu  loyang...kebetulan nak gi rumah member hb buat open house kat bandar  baru salak tinggi ....singgah dulu  jumpa anak dara kat kolej  dia....suruh bagi kat member-member dia.....alhamdulliah.. ..dah habis  pun ....dan mereka semua kata sedap.........
resepi asal dari koleksi resipi pilihan diana....kalau nak detail gi kat situ...
Bahan-Bahan
1 tin (16oz) mentega golden churn
600gm tepung gandum
400gm buah-buahan campuran
2 cawan gula hangus
6 biji telur (akak gunakan gred A)
2 sudu teh soda bikorbonat
2 susu teh cream of tartar (optional)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) akak tak letak pun
alaminium foil
loyang  (akak gunakan 2 loyang) pasal banyak
kertas minyak secukupnya
Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air
Cara-caranya   
Panaskan kukusan (akak gunakan 2 tingkat punya)
Ambil sedikit tepung gandum dan gaul dgn buah-buahan campuran.
Ayak tepung gandum, soda bikorbonat dan cream of tartar.Ketepikan
Pukul dengan whisk saja mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan pewarna coklat dan esen vanilla.Pukul sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan cukup pukul sebati aje.Jangan lama.
Gunakan spatula, masukkan tepung dan kaupbalikkan sahaja sehingga sebati.
Cara membuat gula hangus
Ambil non stick pan, masukkan gula, gunakan api perlahan, kacau sehingga  gula cair dan berbuih serta bertukar warna.  Masukkan air sedikit demi  sedikit sehingga gula dan air sebati. Tutup api dan kacau terus.
Gunakan senduk kayu (jangan spatula plastik..nanti rosak kerana air gula  ni panas)gaulkan gula hangus dengan adunan di atas dan gaul sebati..
Masukkan buah-buahan campuran dan kaup balik sehingga sebati (jangan terlalu lama di gaul)
Alaskan loyang dengan kertas minyak, sapu mentega dan taburkan dengan tepung.
Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 4 jam.
2 jam pertama api besar dan 2 jam kemudian api sederhana
.
p/s  Oleh kerana akak gunakan periuk kukusan 2 tingkat...setiap 1 jam  kena tukar bekas kukusan tu dan sentiasakan sediakan air panas....jangan  gunakan air sejuk..nanti kek tak cantik....