Isnin, 13 Disember 2010

Resepi Ikan siakap masak masam manis


Dah lama tak makan ikan siakap ni.....anak-anak dah sebut balik dah...kebetulan gi kat tesco jumpalah pulak ikan ni....saiz dia tak besar ... tak kecik.....okeylah tu..senang nak masuk dalam kuali...harga pun tak mahal macam zul jual ikan kat rumah akak ni.........

Bahan-bahan
1. 1 ekor ikan siakap saiz sedang
2. 3 sudu makan cili kisar (bergantung kepada kepedasan masing-masing)
3. 5 biji bawang putih
4. 1 sudu teh lada hitam
5 1/2 inci halia
6. 3 sudu makan sos tomato
7. 1 sudu makan sos cili
8. 1/2 cawan air
9. 1/2 cawan air nenas dalam tin (ayam brand)
10. nanas dalam tin (akak ambil dalam 7 ketul aje..terpulang pada diri sendiri....anak tak nak makan)
11. 2 biji bawang besar (di hiris halus)
12. lobak merah (optional)
13. daun saderi (optional)
14. cili benggala (optional)
15. garam 
16. 1 sudu makan gula
17. minyak yang banyak
18. tepung jagung-salut kat ikan

Cara-cara
1. Bersihkan ikan siakap dan rendam dengan air asam jawa sekejap.
2. Toskan dan bubuh garam di semua bahagian ikan dan lumurkan dengan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh dalam kuali. Toskan.
3. Guna sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah di tumbuk bersama-sama hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam.
5. Masukkan pula air dan air nanas dalam tin.
6. Masukkan juga cili sos, tomato sos, nanas dalam tin dan gula.
7. Biarkan kuah pekat baru masukkan saderi, cili banggala, tomato dan bawang besar.
8. Rasa dah okey curahkan keatas ikan.  Sedap di makan panas-panas

p/s Masak masam-masam manis ni bergantung kepada tekak sendiri sebenarnya...yang akak buat ni sesuai dengan tekak akak..sedap dimakan panas-panas............selamat mencuba..

Tiada ulasan: