Jumaat, 9 Mac 2012

Mee Kari Bonda


Tertariklah pulak nak cuba resepi mee kari bonda dari ita http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/ di johor...pasal ni dari bonda kesayangan dia...akak c & p aje...tapi akak edit sikitlah ita..

Bahan-bahan ( 6~8 orang ) :

*** Bahan untuk kuah
:
  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang-akak tak letak pun
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya
*** Lain-lain bahan & hiasan :

  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur-tak letak
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Untuk kuah :

  1. Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
Cara hidangan :
  1. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya.

  2. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Khamis, 8 Mac 2012

Brownie Keju

 Baca dalam kosmo ,  Puan Norzailina Nordin ada bagi resepi brownie keju…tenguk dalam gambar macam sedap aje……pastu cara buat pun macam senang aje. Kebetulan baru beli bahan-bahan untuk buat kek…

Bahan-bahan untuk lapisan coklat
1. 110gm coklat masakan di potong kecil
2. 90gm mentega
3. 2 biji telur
4. 100gm gula castor
5. 60gm tepung naik sendiri
6. 1 camca teh vanilla
7. 40 gm gajus cincang dan di panggang (akak guna badam cincang aje)
Cara-cara

1 . Alas dasar tin 18x18cm dengan kertas kalis minyak. Lengserkan dengan marjerin.
2. Cairkan coklat masakan dengan mentega secara double-boil. Ketepikan. Biarkan sejuk.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul sebati.
4. Campurkan tepung berserbuk penaik.
5. Masukkan coklat, vanilla dan badam cincang/gajus dan gaul lagi. Ketepikan sebanyak 2 camca besar.

Bahan-bahan untuk lapisan biasa
1. 30gm mentega
2. 80gm krim keju
3. 30gm gula castor
4. 1 biji telur
5. 40gm tepung gandum
6. 2 camca besar susu segar(akak guna susu cair)
7. 1 camca teh esen vanila
Cara-cara

1. Pukul mentega dan krim keju
2. Bila sebati, masukkan gula dan pukul lagi.
3. Campurkan telur, tepung, susu segar/susu cair dan vanila lalu kacau sebati.
4. Tuangkan lapisan coklat dan ratakan kedalam tin. Tuang pula lapisan biasa/keju.
5. Sudukan baki adunan 2 camca makan tadi dan lorekkan menjadi marmar.
6. Bakar pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak (bergantung kepada oven masing-masing.

Ahad, 4 Mac 2012

Kek Mentega Orange/Buttery Orange Cake


Bagi pencinta kek oren...memang bolehlah cuba buat kek oren mentega ni...memang wangi bau kek ni.. sedap dan lembut rasanya...memang tak rugi tau kalau buat kek ni..dahlah nak buat kek ni mudah..

Akak suruh anak dara akak yang buat..yelah..duduk bercuti ni biarlah dia asah skill membaking tu..dah cakap dengan dia...walaupun tinggi mana belajar..tetap jugak kena pandai hal dapur..akak kutip resepi ni dari rumah jun..tapi dia jumpa kat rumah rossya fotopage..terima kasih ajelah pada rossya tu ye...memang menjilat loyang.....
 
Bahan-bahan
  • 250gm mentega - suhu bilik (lembut)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren (ikut jun guna 1 biji oren)
  • 330gm gula halus
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri*
  • 75gm tepung gandum *
  • 180ml jus oren
Cara-cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
1. Ayak tepung gandum dan tepung naik sendiri. Ketepikan.
2. Pukul mentega, kulit oren dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Gunakan whisk..masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan jus oren. Kaup balikkan sahaja.
5. Masukkan ke dalam loyang yang telah di lenser dengan mentega. Akak taburi dengan badam cincang.
5. Bakar selama 1 jam 10 minit bergantung kepada oven masing-masing..akak bakar 1 jam aje.