Jumaat, 12 November 2010

Resepi Spageti Bebola Daging

Tarikh 16hb November 2008
Ehmmm..teringin nak makan spagetilah pulak......dah lama dah tak buat benda ni........kebetulan anak teruna balik........ashik makan benda yang sama.........tukarlah seleralah pulak pagi ni.........
Spageti ni kalau buat biasa aje tak ada daging tak sedaplah..........akak buat ni dalam 6 orang punya makan tau..........5 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.........kalau yang ada satu atau 2 orang anak kecil tu..janganlah ikut resepi akak........ambil separuh aje dari bahan-bahan dia.........jom salin.............

Bahan-Bahan

1. 500 gm spageti
2. 430 gm pati tomato (puree)
3. 2 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
4. 3 biji bawang putih
5. 2 biji tomato yang besar
6. 1 sudu teh oregano
7. 1 sudu teh thyme
8. 1 sudu teh mixed herbs
9. garam (ikut citarasa masing-masing)
10 5 sudu makan tomato sos
Bebola Daging
1. 400 gm daging kisar
2. 1 biji bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. 2 sudu makan bread crumb
5. 1 sudu makan tepung jagung
6. 1 sudu teh lada sulah/lada hitam
7. 1/2 sudu teh garam (ikut citarasa sendiri)

Cara Membuat Bebola Daging

1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Masukkan kedalam daging kisar.
2. Masukkan juga lada sulah/lada hitam, bread crumb dan garam.
3. Bulat-bulatkan sebesar guli dan panggang sebenar.

Cara Untuk Buat Sos

1. Rebus spageti sehingga lembut..kemudian tos dan bubuh sedikit minyak/minyak zaiton
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih (akak guna w/p aje)
3. Tomato di potong halus....(ataupun guna w/p)
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih.
5. Setelah naik bau..masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit...dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan tomato puree dan 2 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme dan mixed herb. Masukkan juga bebola daging yang telah di panggang tadi.
9. Masukkan tomato sos....Biarkan sos mendidih sehingga 20 minit (pekat)


Sos yang sedang mendidih dengan menggunakan api perlahan. Setelah pekat bolehlah di padam api..Rasa dulu tau....nanti tawarlah pulak.......
Siap untuk di makan...............

Khamis, 11 November 2010

Resepi Roti Berinti Kacang Merah dan Coklat

Kwang..kwang..kwang...tenguklah tu roti terhangus atas dia sikit....tu inti kacang merah dan yang okey tu inti coklat...Teringinlah pulak nak makan roti bila hujan petang kat kl ni....perut pun memang cepat laparlah apabila cuaca sejuk.........tak ingat ambil kat blog sape............lupa pulak..............

Bahan-Bahan
  • 400gm tepung roti
  • 100 gm tepung kek
  • 90gm gula halus
  • 10 gm susu tepung
  • 11gm yis kering/sebungkus (mauripan)
  • 220ml air suam
  • 1 sudu teh garam
  • 70gm mentega (suhu bilik)/shortening(lemak sayur)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh bread improver
  • Pes kacang merah dan coklat masakan (dadu)
Cara-cara
1. Masuk semua bahan kecuali mentega/shortening.
2. Uli sehingga lembut dan licin.
3. Masukkan mentega dan uli lagi dalam 10 minit.
4. Rehat 10 minit.
5. Bahagikan 20 hingga 24 biji (terpulang kepada diri sendiri..nak besar mana)
6. Masukkan inti yang dikehendaki. Gris loyang dan masukkan roti.
7. Rehatkan lagi 30-40 minit.
8. Bakar roti dengan suhu 180 C dan bakar dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Bolehlah dimakan panas-panas.......
Ni masa dalam oven lagi.........kat atas tu inti kacang merah (buat sikit pasal akak dan suami aje yang suka makan) yang loyang bawah tu pulak inti coklat.......kesukaan anak-anak..........loyang yang kat atas tulah...atas roti terhitamlah sikit..tak perasanlah pulak...tiba-tiba baru hangit..nasib baik boleh di makan lagi.........

Rabu, 10 November 2010

Resepi Sambal Udang Malbari

Tarikh : 13hb. November 2008
Tenguk kat rumah hana tu...dia buat sambal udang..tgk bahan-bahan pulak...simple sangat..cara memasak pun senang ......buat apalah nak susahkan diri sendiri....janji sedap di makan sudahlah...resepi ini hana ambil dari rumah ummi dan akak salin dari rumah hana ..hb pun puji sedap....macam kat kedai mamak......tuan punya resepi jangan marah tau..akak modified sikit....

Bahan-Bahan

1. 1kg udang (akak masak tak sampai sekilo pun)dibersihkan.
2. 3 sudu makan serbuk kari ikan (akak guna babas)
3. 2 sudu teh biji sawi(akak gunakan tumisan ikan...ala..yang ada campuran halba, jintan putih & biji sawi tu)
4. 2 biji bawang besar (1 akak dadu..1 akak potong bulat)
5. 2 senduk besar cili giling (akak masukkan 2 sudu makan aje)
6. 1 sudu makan tomato puri (stok tak ada..tukar 4 sudu makan tomato sos)
7. 2 biji tomato (satu akak potong dadu..satulagi potong bulat)
8. daun kari
9. garam
10.1 sudu teh serbuk kunyit
11. 2 tangkai daun kari

Akak tambah

1. 5 biji bawang merah dikisar/tumbuk
2. 4 biji bawang putih di kisar/tumbuk
3. 1 inci halia di kisar/tumbuk
4. 1 sudu teh jus asam jawa...

Cara-caranya

1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sebentar..
2. Angkat dan gunakan minyak yang baru..tumiskan tumisan ikan dan daun kari...part ni yang best ni....(bau dia punyalah harum)... lepas tu masukkan juga bahan kisar, bawang besar dan tomato yang telah di dadu. Kacau sebentar.
3. Masukkan cili giling dan rempah ikan sambil di kacau dan kecilkan api..masukkan air sedikit..biarkan selama 5-10 minit sambil di kacau. Masukkan juga garam.
4. Setelah tumisan naik minyak, masukkan sos tomato dan biarkan pekat sedikit baru masukkan udang, bawang besar dan tomato.
5. Masukkan jus asam jawa dan terus padam api. Sedia dihidangkan..