Rabu, 10 November 2010

Resepi Sup Tulang Lembu

Tarikh 12hb. November 2008

Sup tulang...memang kegemaran akak tau......bestkan dapat makan sup bila cuaca sejuk..makan panas-panas...kalau bihun di campur sup jadilah bihun sup.. mee di campur sup jadilah mee sup......kalau makan dengan nasi ....nak panggil apa ye....sup nasi atau nasi sup.....suka hatilah nak makan macam mana...sejak dah kawin dengan orang johor ni...kalau makan sup mesti ada sambal kicap....

Masa tinggal di Jakarta...ada seorang kawan di sana kalau masak sup dia mesti buang air rebusan yang pertama...katanya nak buang segala kekotoran.....jadi sup di agak jernih sedikit..kalau akak pulak...suka yang macam ni.......

Bahan-bahan
  • 1kg tulang lembu (kalau nak tulang kambing pun best)
  • 1 biji bawang besar (di potong dadu)
  • 6 biji bawang kecil (kisar)
  • 4 biji bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
  • 1 kiub stok daging maggi
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 1 peket sup tulang adabi
  • 2 biji ubi kentang
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu makan jus asam jawa
Bahan tumis
  • 3 biji bawang kecil di hiris halus
  • 1 biji bawang putih di hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
Cara-cara
  1. Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan termsk bawang besar.
  3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
  4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah di campur dengan sedikit air.
  5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
  6. Ambil akar daun sup dan daun bawang..basuh bersih dan masukkan kedlm sup.
  7. Masukkan juga stok daging. Akak kalau rebus selalunya 1-1 1/2 jam bergantung kepada tulang apa yang kita guna..kalau tulang rusuk..cepat empuk..kalau tulang leher...memang lama nak rebusnya..tapi yang sedap tang nilah...
  8. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
  9. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.
  10. Selepas itu masukkan jus asam jawa dan terus tutup api.
  11. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang..kalau rajin...hiris lagi 4 bawang kecil dan 1 biji bawang putih.kemudian gaul dengan tepung jagung...barulah bawang goreng tu tak lembek.... tabur bawang goreng buatan sendiri ........lagi best.............

p/s kadang-kadang akak masukkan lobak merah dan celery. Kalau rajin lagi buatlah pegedil.....akak malas nak buat masa ni......

Selasa, 9 November 2010

Resepi Kek Coklat Kukus

Tarikh : 11hb. November 2008

Kek ni buat masa hari jadi suami tersayang...dah tuakan umur dia... dia lahir bulan jun..tenguklah macammana decoration akak tu...comot...first time isteri dia buat sendiri..
resepi ni sumbangan dari nor my resepi......
Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu segar suam
  • 3/4 serbuk koko
  • 1 1/4 tepung gandum
Coklat Ganache

  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara

  1. Gris loyang dengan butter dan tepung.
  2. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  3. Pukul mentega bersama gula castor dan gula perang hingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang dan gebu.
  6. Masuk tepung yang telah di ayak dengan serbuk koko.Kaup balikkan biar sebati.
  7. Masukkan dalam loyang, tutup dengan alumanium foil dan kukus sehingga 1 1/2 jam.
  8. Biarkan sejuk dahulu sebelum di hiaskan.
Untuk membuat choc ganache
  1. Dadukan coklat masakan kecil-kecil.
  2. Masukkan juga air panas dan susu pekat.
  3. Masak secara double boiled sehingga coklat cair.
  4. Padamkan api dan masukkan mentega sehingga cair dan kacau sebati.
  5. Tuangkan keatas kek yang telah disejukkan.
  6. Hiaskan ikut selera sendiri.
Suami sedang potong kek buatan isteri dia....semuga berkekalan rumah tangga kita ye bang... dan diberikan kesihatan yang baik...dan anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat...amin....amin..amin.....

Resepi Kek Kukus Buah-buahan Lembab

Tarikh : 11hb. November 2008
Tenguk rumah member-member cyber ramai yang suka buat kek ni..tak tahan akak tenguk..ashik telan air liur...bila dah buat..akak aje yang makan dengan hb..dapat 2 loyang...bagi kat mak.....kakak.....masih ada lagi satu loyang...kebetulan nak gi rumah member hb buat open house kat bandar baru salak tinggi ....singgah dulu jumpa anak dara kat kolej dia....suruh bagi kat member-member dia.....alhamdulliah.. ..dah habis pun ....dan mereka semua kata sedap.........
resepi asal dari koleksi resipi pilihan diana....kalau nak detail gi kat situ...

Bahan-Bahan
1 tin (16oz) mentega golden churn
600gm tepung gandum
400gm buah-buahan campuran
2 cawan gula hangus
6 biji telur (akak gunakan gred A)
2 sudu teh soda bikorbonat
2 susu teh cream of tartar (optional)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) akak tak letak pun
alaminium foil
loyang (akak gunakan 2 loyang) pasal banyak
kertas minyak secukupnya

Gula Hangus

2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya


Panaskan kukusan (akak gunakan 2 tingkat punya)
Ambil sedikit tepung gandum dan gaul dgn buah-buahan campuran.
Ayak tepung gandum, soda bikorbonat dan cream of tartar.Ketepikan
Pukul dengan whisk saja mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan pewarna coklat dan esen vanilla.Pukul sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan cukup pukul sebati aje.Jangan lama.
Gunakan spatula, masukkan tepung dan kaupbalikkan sahaja sehingga sebati.

Cara membuat gula hangus

Ambil non stick pan, masukkan gula, gunakan api perlahan, kacau sehingga gula cair dan berbuih serta bertukar warna. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga gula dan air sebati. Tutup api dan kacau terus.
Gunakan senduk kayu (jangan spatula plastik..nanti rosak kerana air gula ni panas)gaulkan gula hangus dengan adunan di atas dan gaul sebati..
Masukkan buah-buahan campuran dan kaup balik sehingga sebati (jangan terlalu lama di gaul)
Alaskan loyang dengan kertas minyak, sapu mentega dan taburkan dengan tepung.
Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 4 jam.
2 jam pertama api besar dan 2 jam kemudian api sederhana.

p/s Oleh kerana akak gunakan periuk kukusan 2 tingkat...setiap 1 jam kena tukar bekas kukusan tu dan sentiasakan sediakan air panas....jangan gunakan air sejuk..nanti kek tak cantik....