Selasa, 9 November 2010

Resepi Masak Lemak Ikan Baung

Tarikh : 11hb. November 2008
 Jenguk dalam rumah cik mat nampaklah pulak dia masak ikan sungai masak asam rebus.. kecur air liur di buatnya......kebetulan pagi ahad gi ke Pasar Pagi Greenwood..ada pulak orang jual ikan sungai...tapi ikan baung..... taklah seoriginal ikan sungai macam ayah cik mat tangkap tu..

Ia dibela dalam sungai aje....susah betul kat Kuala Lumpur ni nak cari ikan sungai original.......rasanya mungkin kurang manis sikit...tak apalah daripada kempunan...masaklah jugak ikan ni....ni cara orang N9 masak..jadi tak gunakan bawang....

Bahan-bahannya
  • 3 ekor ikan baung
  • 700ml santan atau 1 1/2 biji kelapa (kena pekat sikit baru sedap)
  • 15 biji cili api kampung (ikut juga kepedasan yang di ingini)*
  • 2 batang serai ( diketuk)
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 1 biji buah bachang atau 2 kpg asam keping
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan....selepas itu perah jus asam limau kasturi dan garam(perap sebentar..kemudian cuci semula..nak buang bau hanyir ikan)
  2. Kupas kulit bachang dan rendam dengan air garam (belah 6)
  3. Tumbuk atau kisar bahan bertanda* (akak suka tumbuk)
  4. Masukkan ikan dan semua bahan yang telah di tumbuk.
  5. Masukkan juga santan.
  6. Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan biarkan sebentar baru padam api.

Resepi Nasi Lemak

Tarikh 10hb. November 2008
 
Nasi lemak buat bidara
Sayang selasih hamba turut
Buang mak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Hari sabtu akak masak nasi lemak...sambal tumis ikan bilis petai dan ayam goreng berempah..

Masak sekali sampai ke petang..nak bawak anak-anak yang 2 orang tu gi pertandingan mewarna anjuran Honda di Mid Valley....Rasanya semua pandai masak nasi lemak ni...ni nasi lemak versi akak.....tak guna daun pandan.

Bahan-bahannya
  • 4 pot beras (cawan)
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • 1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang dan 2 biji bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar, 2 biji bawang kecil dan 2 biji bawang putih
  • (dihiris halus)
  • 1 sudu teh garam
Cara-caranya
  1. Beras dibasuh dan tos airnya. Masukkan santan separas beras tapi lebihkan sedikit.
  2. Masuk semua bahan diatas.
  3. Masa memasak nasi ni akak selalu kacau (akak gunakan periuk letrik aje)
  4. Selepas masak tunggu sehingga 10 minit sambil di kacau lagi...
  5. Selepas tu bolehlah di hidang.

Resepi Tauhu Poket

Tauhu poket ni memang kegemaran keluarga akak...senang aje membuatnya. Resepi akak ambil dari my resepi dan sumbangan dari che'iza myr............mintak maaf ye kepada tuan punya resepi..akak modified sikit ikut selera akak...jangan marah ye che'iza.....

Bahan-Bahan
  • 5 keping tauhu
  • 50gm isi udang di cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar di cincang halus
  • 1 inci lobak merah di racik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji telur)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil pati ikan bilis (yang sedap maggi punya)
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ni akak tambah sendiri)
  • 1 sudu makan daun sup dan daun bawang (pun tambah sendiri)
  • 1/2 sudu teh lada sulah (tambah jugak)
Cara-cara
  1. Tauhu di potong dua..akak potong bentuk tiga segi...
  2. Korek isi tauhu macam nak buat tauhu sumbat..jangan di buang isinya..
  3. Hancurkan lebihan tauhu ni dan campur bersama semua bahan lain diatas.
  4. Masukkan campuran tadi ke dalam tauhu.
  5. Setelah itu bolehlah di goreng...sedap di makan panas-panas..
  6. Hidangkan dengan sos cili...