Isnin, 26 Mac 2012

Resepi Cucur Maggi

Akak ambil resepi ni kat Majalah Rasa bulan Mac 2011. Ikut resepi asal tak guna tepung gandum pun. Cuma guna tepung jagung. Macam pelik ajer tenguknya langsung akak masukkan tepung gandum. Pastu akak guna ikan bilis tak guna daging kisar.

Suka hatilah kan nak letak apa pun janji boleh makan. Imran sukalah pulak makan cucur maggi ni.

Bahan-bahan
1 paket mi maggi kari
4 biji bawang merah-ditumbuk
2 tangkai daun bawang-hiris halus
sedikit ikan bilis-tumbuk
1 biji telur
2 cawan tepung gandum-agak-agak
2 sudu besar tepung jagung
garam secukupnya
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak
1. Rebus mi maggi dan toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas berisi tepung gandum, tepung jagung bersama ikan bilis, bawang kecil yang telah di tumbuk dan daun bawang.
3. Masukkan perencah maggi, maggi dan masukkan air suam yang bercampur garam dan kacau adunan macam nak buat jemput-jemput.
4. Akhir sekali masukkan telur dan goreng dalam minyak sederhana panas.
5. Sedap di makan bersama lebihan sambal, kari ataupun cili sos.

Ahad, 18 Mac 2012

Butter Chicken


Resepi ni akak ambil dari rumah Jun...yang pandai dan rajin masak tu....simple dan ringkas aje masakan ni..ibarat iklan cepat di masak  sedap di makan......resepi asal dari umah Gert tapi akak c & p dari umah Jun...Makan panas-panas tau...sedap...Jun oh Jun akak  c & p ..akak edit sikit ye..
Bahan-Bahan A
  • 2 keping dada ayam-potong kecil2
  • 1 ulas bawang putih-cincang
  • 2 sudu besar soya sos
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh kicap pekat
  • 1 biji putih telur
  • 3 sudu besar tepung jagung 
  • akak tambah sedikit halia tumbuk dan sos tiram ..jadi tak yah letak garam sebab sos tiram dah masin. 
Cara-cara 
Campurkan semua kecuali tepung jagung dan  perap selama 30min. Salut tepung jagung dan  goreng hingga masak dan  garing sket. Ketepikan.

  Bahan-Bahan B
  •  2 ulas bawang putih-cincang/hiris halus-akak tumbuk
  • 10 daun kari
  • 3 cili thai-jun guna cili api-akak tambah 5 biji..
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu teh gula
  • garam dan  pepper (lada hitam di tumbuk kasar)
 Cara-cara
1.  Panaskan butter, masukkan bawang putih, cili dan daun kari hingga wangi.
2.  Masukkan ayam tadi dan gaul rata. 
3.  Masukkan gula, garam dan pepper dan  gaul sebati. 
4.  Masukkan susu cair dan  kacau cepat.... rata-rata dan  angkat.

Jumaat, 9 Mac 2012

Mee Kari Bonda


Tertariklah pulak nak cuba resepi mee kari bonda dari ita http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/ di johor...pasal ni dari bonda kesayangan dia...akak c & p aje...tapi akak edit sikitlah ita..

Bahan-bahan ( 6~8 orang ) :

*** Bahan untuk kuah
:
  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang-akak tak letak pun
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya
*** Lain-lain bahan & hiasan :

  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur-tak letak
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Untuk kuah :

  1. Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
Cara hidangan :
  1. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya.

  2. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Khamis, 8 Mac 2012

Brownie Keju

 Baca dalam kosmo ,  Puan Norzailina Nordin ada bagi resepi brownie keju…tenguk dalam gambar macam sedap aje……pastu cara buat pun macam senang aje. Kebetulan baru beli bahan-bahan untuk buat kek…

Bahan-bahan untuk lapisan coklat
1. 110gm coklat masakan di potong kecil
2. 90gm mentega
3. 2 biji telur
4. 100gm gula castor
5. 60gm tepung naik sendiri
6. 1 camca teh vanilla
7. 40 gm gajus cincang dan di panggang (akak guna badam cincang aje)
Cara-cara

1 . Alas dasar tin 18x18cm dengan kertas kalis minyak. Lengserkan dengan marjerin.
2. Cairkan coklat masakan dengan mentega secara double-boil. Ketepikan. Biarkan sejuk.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul sebati.
4. Campurkan tepung berserbuk penaik.
5. Masukkan coklat, vanilla dan badam cincang/gajus dan gaul lagi. Ketepikan sebanyak 2 camca besar.

Bahan-bahan untuk lapisan biasa
1. 30gm mentega
2. 80gm krim keju
3. 30gm gula castor
4. 1 biji telur
5. 40gm tepung gandum
6. 2 camca besar susu segar(akak guna susu cair)
7. 1 camca teh esen vanila
Cara-cara

1. Pukul mentega dan krim keju
2. Bila sebati, masukkan gula dan pukul lagi.
3. Campurkan telur, tepung, susu segar/susu cair dan vanila lalu kacau sebati.
4. Tuangkan lapisan coklat dan ratakan kedalam tin. Tuang pula lapisan biasa/keju.
5. Sudukan baki adunan 2 camca makan tadi dan lorekkan menjadi marmar.
6. Bakar pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak (bergantung kepada oven masing-masing.

Ahad, 4 Mac 2012

Kek Mentega Orange/Buttery Orange Cake


Bagi pencinta kek oren...memang bolehlah cuba buat kek oren mentega ni...memang wangi bau kek ni.. sedap dan lembut rasanya...memang tak rugi tau kalau buat kek ni..dahlah nak buat kek ni mudah..

Akak suruh anak dara akak yang buat..yelah..duduk bercuti ni biarlah dia asah skill membaking tu..dah cakap dengan dia...walaupun tinggi mana belajar..tetap jugak kena pandai hal dapur..akak kutip resepi ni dari rumah jun..tapi dia jumpa kat rumah rossya fotopage..terima kasih ajelah pada rossya tu ye...memang menjilat loyang.....
 
Bahan-bahan
  • 250gm mentega - suhu bilik (lembut)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren (ikut jun guna 1 biji oren)
  • 330gm gula halus
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri*
  • 75gm tepung gandum *
  • 180ml jus oren
Cara-cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
1. Ayak tepung gandum dan tepung naik sendiri. Ketepikan.
2. Pukul mentega, kulit oren dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Gunakan whisk..masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan jus oren. Kaup balikkan sahaja.
5. Masukkan ke dalam loyang yang telah di lenser dengan mentega. Akak taburi dengan badam cincang.
5. Bakar selama 1 jam 10 minit bergantung kepada oven masing-masing..akak bakar 1 jam aje.