Jumaat, 25 November 2011

Cinnammon Badam - Step By Step


Kesukaan anak-anak ni...

Bahan-bahan
  • 300gm tepung roti
  • 50gm mentega - suhu bilik
  • 1 biji telur
  • 50gm gula halus
  • 100ml susu segar suam - panaskan tapi jangan sampai mendidih
  • 8gm yis kering - 2 1/2 sudu kecil
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Gaul mentega dengan tepung roti sehingga menjadi serbuk.
2. Masukkan gula dan yis kering. Kacau dengan sudu sehingga sebati.
3. Masuk garam, telur dan susu suam. Uli sampai tidak melekat di tangan hingga menjadi doh yang kenyal dan licin selama 10-15 minit.
4. Masukkan ke dalam bekas besar dan tutup dengan plastik cling dan biar naik sekali jam (1 jam).

KAEDAH LAIN JIKA GUNA BREADMAKER


1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam bread maker.

2. Pilih setting untuk doh dan tekan "on". Tunggu hingga siap.

BAHAN UNTUK FILING
  • 2-3 sudu makan serbuk kayu manis
  • 60gm gula perang
  • 30gm mentega - suhu bilik
  • 5-10gm badam cincang yang telah di panggang/sangai(kalau banyak lagi best)
1. Campurkan semua bahan filing kecuali badam cincang sehingga sebati dan ketepikan.

BAHAN UNTUK ICING
  • 20gm mentega - suhu bilik
  • 50gm krim keju - suhu bilik
  • 100gm gula aising - ayak
  • 2-3 titik esen vanilla
  • secubit garam
  • coklat chip (optional)
1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan.


CARA-CARANYA


1. Masa ni yang best.....bila tenguk doh macam gunung berapi nak meletus setelah 1 jam..
Keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.


2. Canaikan bentuk empat segiala...lebih kurang aje....

3. Ratakan filing keatas doh yang telah di canai.

4. Taburkan badam cincang di atas filing tadi.

5. Gulung ketat-ketat.
6. Cubit-cubit tepi doh supaya tidak terbuka semasa proses memotong.

8. Potong dengan pisau yang tajam 7-8 potongan bergantung kepada tuan punya diri yang buat.

9. Masukkan ke dalam cawan kertas dan biarkan doh naik lagi..dalam 20-30 minit.
10. Si ira rajin nak hias dengan coklat chip. Panaskan oven kepada suhu 190C.

11. Siap untuk di bakar....bakar pada suhu 190C selama 10 minit. Selepas itu turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi dalam masa 8-10 minit bergantung kepada oven masing-masing.

12. Setelah masak..sapukan icing....sedap di makan panas-panas....

Rabu, 23 November 2011

Resepi Penang Char Kuey Teow

 Pekana pepagi memang best penang char kuey teow ni.  Kena makan panas-panas.  Leceh sikit nak buat char kuey teow stail ni sebab kena buat paste dulu.  Tapi bila dah siap..walllaaaaaa tak kecewa tau.  

Dah pernah tepek dah tapi akak tepek lagi sekali.  Resepi dari member myresepi che'iza yang duk kat utara.

Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  sudu kecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang-tak letak
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jd 1 sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

Isnin, 21 November 2011

Udang Gulai Rempah

Bila belek-belek kat majalah saji..tertariklah pulak nak mencuba resepi udang ni..memang tak pernah buat lagi resepi macam ni....memang ada kelainnannya..cubalah...

Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang besar
  • 3 keping asam gelugur/asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • gula dan garam secukupnya

Bahan kisar

  • 17 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 3 hiris lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Cara menyediakannya

1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan tuangkan santan.
2. Biarkan ia merenih.
3. Kemudian masukkan garam dan gula serta asam gelugur/asam keping.
4. Setelah mereneh lebih kurang 20 minit masukkan udang dan biarkan udang masak.
5. Bolehlah dihidangkan.

Sabtu, 12 November 2011

Resepi Nasi Lemak Kukus

Punyalah semangat nak buat nasi lemak kukus ni...pukul 5.30 pagi tadi akak dah masuk ke dapur...rendam beras...potong cili...potong bawang....daripada dulu lagi nak cuba buat nasi lemak kukus ni..tapi takut tak jadi...lepas pergi tenguk rumah member cyber aNIe dan jumpa pulak resepi nasi kat rumah member cyber akak pun beranikan diri buat nasi ni...

Syukur...alhamdulliah...tertunailah hasrat di hati akak nak makan nasi lemak kukus buatan sendiri...tapi nak buat ni kena banyak vitamin R...banyak kerja sikit...dan makan masa yang agak lama...bila suami nak minum pukul 9.00 pagi pun belum siap kukus nasi ni...pasal rendam beras aje nak dekat 2 jam...tak apalah janji puas hati dan berbaloi ........
masih dalam loyang..nak kukus balik lepas letak santan

Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan-disiat-siat
  • Garam secukup rasa
  • daun pisang

Cara-caranya

1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Akak lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus...jangan besar sangat..nanti beras keluarlah pulak. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus (tak payah keluarkan daun pisang..keluarkan beras aje tau) dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk.

4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.

7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Nasi lemak tak ada sambal tak best kan...akak buat sambal udang campur petai....
bahan sampingan...ikan bilis goreng

telur rebus