Dulu koleksi barang lama ni tak di hargai.. sekarang ni menjadi rebutan dan nilainya makin lama makin tinggi dan jika tidak di jaga akan pupuslah ia.. Resepi yang di kongsi di sini adalah untuk rujukan kepada anak cucu dan member cyber yang tentu masakan ini akan menjadi warisan dari zaman ke zaman
Selasa, 19 April 2011
Teko bulat rose hijau
Teko alladin dah ada gak tapi bila tenguk teko bentuk ni terus jatuh cinta. Lepas ni nak kena cari anak-anak dia..orang kata harga anak-anak dia mahal sungguh sekarang ni ..ratus gaklah nak kena keluarkan dari purse.
Ahad, 10 April 2011
Koleksi Teko Dan Piring Dumex
Baru ajer beli 3 teko sebab nafsu nak beli datang balik selepas berpuasa berbulan-bulan.
Bila tenguk jenama Dumex teringat masa Russhdi, Firdaus dan Yan minum susu ni masa kecil. Oleh sebab mereka umur lebih kurang sebaya maka peruntukkan nak beli susu tin dumex habis gak lah dalam puluhan ringgit. Bila dah berumur 4 tahun baru akak tukar ke susu Nespray.
Yang hairannya mana entah kopon dumex ni..akak cuma dapat 2 piring sambal ni ajer. Yang lain kena beli kat orang jual on9. Tengah tunggu lagi satu teko dari utara.
Langgan:
Catatan (Atom)