Tarikh : 11hb. November 2008
Tenguk rumah member-member cyber ramai yang suka buat kek ni..tak tahan akak tenguk..ashik telan air liur...bila dah buat..akak aje yang makan dengan hb..dapat 2 loyang...bagi kat mak.....kakak.....masih ada lagi satu loyang...kebetulan nak gi rumah member hb buat open house kat bandar baru salak tinggi ....singgah dulu jumpa anak dara kat kolej dia....suruh bagi kat member-member dia.....alhamdulliah.. ..dah habis pun ....dan mereka semua kata sedap.........
resepi asal dari koleksi resipi pilihan diana....kalau nak detail gi kat situ...
Bahan-Bahan
1 tin (16oz) mentega golden churn
600gm tepung gandum
400gm buah-buahan campuran
2 cawan gula hangus
6 biji telur (akak gunakan gred A)
2 sudu teh soda bikorbonat
2 susu teh cream of tartar (optional)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) akak tak letak pun
alaminium foil
loyang (akak gunakan 2 loyang) pasal banyak
kertas minyak secukupnya
Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air
Cara-caranya
Panaskan kukusan (akak gunakan 2 tingkat punya)
Ambil sedikit tepung gandum dan gaul dgn buah-buahan campuran.
Ayak tepung gandum, soda bikorbonat dan cream of tartar.Ketepikan
Pukul dengan whisk saja mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan pewarna coklat dan esen vanilla.Pukul sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan cukup pukul sebati aje.Jangan lama.
Gunakan spatula, masukkan tepung dan kaupbalikkan sahaja sehingga sebati.
Cara membuat gula hangus
Ambil non stick pan, masukkan gula, gunakan api perlahan, kacau sehingga gula cair dan berbuih serta bertukar warna. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga gula dan air sebati. Tutup api dan kacau terus.
Gunakan senduk kayu (jangan spatula plastik..nanti rosak kerana air gula ni panas)gaulkan gula hangus dengan adunan di atas dan gaul sebati..
Masukkan buah-buahan campuran dan kaup balik sehingga sebati (jangan terlalu lama di gaul)
Alaskan loyang dengan kertas minyak, sapu mentega dan taburkan dengan tepung.
Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 4 jam.
2 jam pertama api besar dan 2 jam kemudian api sederhana
.
p/s Oleh kerana akak gunakan periuk kukusan 2 tingkat...setiap 1 jam kena tukar bekas kukusan tu dan sentiasakan sediakan air panas....jangan gunakan air sejuk..nanti kek tak cantik....