Isnin, 16 Julai 2012

Resepi Tart Nanas

Nak raya ramai yang cari resepi kukis.  Akak share satu resepi tat nanas yang sedap ini.....akak ambil resepi dari rumah puan norzailina di http://norzailina.blogspot.com..terima kasih ye puan kerna sudi berkongsi resepi dengan peminat setia novel beliau.


Bahan-bahan
  • 120 gm marjerin -akak gunakan mentega semuanya 250gm jadi kena tambah tepung sikit.
  • 120 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanila
  • 330-350 gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • * ayak

Bahan jem nenas

  • 450 gm parutan nenas – tapis
  • 1 camb jus limau nipis
  • 180 gm gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:

1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.
5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.
8. Untuk Jem: jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

tat nenas ni biskut peberet masa raya..selalunya tempah jer..nk buat xpandai...kihkih..sedapnya...

Cendana Kasih berkata...

sedapnyer kak... saya pun suka tart nenas ni, tak kiralah bentuk cemmana pun...janji tart nenas