Jumaat, 27 Julai 2012

Resepi Biskut Bebola Cornflakes


Ikutkan memang malas nak buat kukis lagi, tapi dah janji dengan adik ipar nak buatkan kukis  cornflakes sebab dia nak buat open house.  Resepi ni lebih kurang cam resepi kukis cornflakes yang lalu cuma di campur badam cincang (patutnya kismis) dan di letak dalam paper cups.

Resepi dari Ummi @ Home Sweet Home tapi akak ambil dari blog  HaSue@sue-hasue.blogspot.co.  Akak buat sekali ganda.

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)-guna badam cincang yang telah di bakar sekejap.
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. *Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan: