Jumaat, 20 Julai 2012

Resepi Biskut Sarang Semut


Resepi rasanya ambil dari Majalah Wanita sebab mak memang suka beli majalah wanita masa tu. Punyalah lama buat biskut dari pagi sampai nak ke tengahari. Sebab masa tu pakai oven hitam cap kupu-kupu (butterfly).

Sejak tu serik nak buat biskut ni lagi. Tapi bila pagi tadi oker ajer..tak sampai pun 2 jam dah beres. Nanti nak kena repeat sebab adik tempah biskut ni..pastu nak bawak ke rumah fil di segamat, nak bagi mak dan untuk makan sendiri.

Sumber Puan Hanieliza
Bahan

  • 250 gm butter -akak guna jenama anchor
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum.....]
  • 100 gm tepung jagung.......] di ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
Hiasan
  • Sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil(warna-warni) -akak tukar ke badam cincang-panggang dulu
  • secukupnya paper-cup kecil

Cara  
1. Pukul kembang butter dan gula. 
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.  
3. Masukkan tepung dan gaul rata.  
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup. 
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. 
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).  
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 

Tiada ulasan: