Sabtu, 14 Julai 2012

Resepi Mee Kungfu

Sedap gak mee kung fu ni. Senang nak membuatnya. Tapi kena pastikan telur ada kat umah yer. Resepi asal dari blog Kak Hanieliza. Dah pernah buat dulu dah. Akak tepek lagi resepi yer. Tak yah nak selak-selak N3 yang lama.
Bahan A
  • 500 gm mee kuning
  • 5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
  • 100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah
  • 5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk
  • 100 gm sawi cina-potong kecil
  • 100 gm bunga kobis -dipotong kecil
  • 100 gm carrot -potong kecil dan memanjang
  • 5 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair-akak tambah
  • garam
  • minyak
  • tambah bawang goreng dan daun sup/bawang di hiris
Cara-cara
1. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam buat telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

8. Taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang.
Lepas tu ramai-ramai sebut waaaaaaaaa caaaaaaaa

1 ulasan:

Unknown berkata...

TERBAIK...HIASAN PUN NAMPAK CANTIK..MESTI BEST