
Pernah
 buat croissant ni dulu..dulu gunakan resepi...lupa pulak nama dia dari 
myr...masa kali pertama buat tu..dah kata dalam hati..serik nak buat 
lagi...rupanya vitamin R banyak teringatlah balik nak buat lagi.....kali
 ni akak  guna pula resepi dari rumah ah mat gebu..tapi resepi asal dari Alex Goh..
 
kalau nak croissant ni 
vitamin R mestilah terlebih sangat-sangat.....ambil masa yang lama nak 
buat benda ni..kalau tak percaya tanya cik mat tu..akak start menguli 
dari pagi ... siap dah nak tengahari...sambil tu selang seli dengan buat
 kerja rumah...akak ambil terus dari rumah cik matlah....sorry ye cik 
mat..tapi akak edit sikit..
Bahan-Bahan
- 210 g tepung roti (high-protein flour)
- 90 g tepung gandum
- 1/2 camca teh bread improver
- 1/2 camca teh bread softener
- 30 g gula halus
- 1/2 camca teh garam
- 15 g susu tepung
- 2 camca teh instant yeast
- 180 ml air ais
- 45 g mentega
- 120 g pastry margarine (boleh beli dikedai2 baking)-suhu bilik
 
Cara membuatnya 
UNTUK DOH :-
- 
 Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan pastry margarine. Uli 
hingga menjadi doh, tambah mentega dan uli lagi 15 - 20 minit hingga doh
 menjadi licin dan anjal seperti doh roti canai. Bungkus doh dan simpan 
dalam freezer 1 jam.
- KAEDAH LAIN :-Masukkan bahan diatas 
kecuali pastry margarine ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh 
dan tekan, bila lepas 30 minit atau selesai menguli, off kan BM dan 
keluarkan doh, balut dengan plastic cling dan simpan dalam freezer 1 
jam.
 

 Canai pastry margarine antara 2 keping plastik sehingga leper. Ketepikan
 

Keluarkan
 doh dari freezer.....taburkan tepung kerana doh melekat dan canai doh 
menjadi 1 cm tebal dan bentuk empat segi memanjang. Letak pastri 
marjerin pada satu bahagian dan lipat doh supaya menutupi pastri 
marjerin.
 

Lipat doh setelah di letakkan pastri marjerin  doh mesti  menutupi semua pastri marjerin.
 

Canai doh  secara memanjang kehadapan seperti di dalam gambar.
 

Lipat
 doh secara betindih dan balut dengan plastic cling, dingin bekukan 
selama 20 minit. Kemudian keluarkan doh dan ulang proses mencanai dan 
melipat sekali lagi (seperti 3 gambar diatas). Bungkus doh dengan 
plastic cling kembali dan dingin bekukan 30 minit.
 

UNTUK MEMBENTUK CROISSANT :-
 
 Keluarkan doh, 
tabur sedikit tepung pada papan mencanai, kayu penggelek dan juga doh 
tadi, canai nipis anggaran 0.5 cm. Ukur dengan pembaris untuk 
mendapatkan ukuran doh 16 inci x 8 inci. Potong lebihan doh. Kemudian 
bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama besar ( 4 inci x 4 inci setiap
 satu bahagian). Bahagi dua setiap bahagian supaya menjadi 3 segi.

Tabur
 sedikit teping, berhati ambil satu keping bahagian 3 segi..mesti bentuk
 3 segi tau..kalau idak tak lawalah bentuk dia nanti...pastu canai 
sedikit biar bahagian depannya memanjang seperti dalam gambar. Pastikan 
bahagian bucu berada didepan.
 

Tada...dah siap...buatlah macam ni sampai habis...
 

Susun
 doh yang telah siap ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak 
dan telah dilenser sedikit mentega. Biarkan doh naik lagi selama 45 
minit.
 

Setelah
 45 minit....doh dah naik.... bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 
minit-20 minit atau hingga masak dan bergantung pada oven masing-masing.
 

Baru keluar dari oven...harum semerbak...masa ni baru rasa berbaloi buat croissant ni...walaupun ambil masa yang agak lama...
 

Untuk si imran dan ira...tambah lagi coklat dan coklat rice.....