Isnin, 16 Januari 2012

Ikan Keli Berlada


Ikan keli ni memang jadi kegemaran anak-anak akak..masak macam mana pun..insyallah habis...selalunya akak beli dalam 2 kg. Anak-anak dan akak suka masak sambal....selalunya akak guna cili hidup..oleh sebab cili merah mahal giler...RM15 sekilo....kalau guna mesti 1/2 kilo..jadi akak gunakan cili kering ajelah..tapi kurang umph..lah sikit..

Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi - ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)

Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
  • Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
  • Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
  • Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
  • Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli tadi.
Dah goreng pun dah sedap dah.....akak tak suka masukkan ikan keli dalam sambal..nanti jadi ikan tu lembek..bila nak makan baru akak letak sambal tu....enak di makan bersama-sama nasi panas........

1 ulasan:

adda syuhada berkata...

Salam K.Ina..
sy dah cuba resepi ni..
mmg sedap..actually sy ni baru nk belajar masak2 ni..kena plk yg simple2..nanti jemputla ke umh sy plk yer yg xseberapa..sy mak bdk baru nk blajar..kihkihk