Punyalah
semangat nak buat nasi lemak kukus ni...pukul 5.30 pagi tadi akak dah
masuk ke dapur...rendam beras...potong cili...potong bawang....daripada
dulu lagi nak cuba buat nasi lemak kukus ni..tapi takut tak jadi...lepas
pergi tenguk rumah member cyber aNIe dan jumpa pulak resepi nasi kat
rumah member cyber akak pun beranikan diri buat nasi ni...
Syukur...alhamdulliah...tertunailah hasrat di hati akak nak makan nasi lemak kukus buatan sendiri...tapi nak buat ni kena banyak vitamin R...banyak kerja sikit...dan makan masa yang agak lama...bila suami nak minum pukul 9.00 pagi pun belum siap kukus nasi ni...pasal rendam beras aje nak dekat 2 jam...tak apalah janji puas hati dan berbaloi ........
Syukur...alhamdulliah...tertunailah hasrat di hati akak nak makan nasi lemak kukus buatan sendiri...tapi nak buat ni kena banyak vitamin R...banyak kerja sikit...dan makan masa yang agak lama...bila suami nak minum pukul 9.00 pagi pun belum siap kukus nasi ni...pasal rendam beras aje nak dekat 2 jam...tak apalah janji puas hati dan berbaloi ........
Bahan-bahan:
- 5 cawan beras ( atau secukupnya )
- Santan pekat ~ secukupnya
- 3 helai daun pandan-disiat-siat
- Garam secukup rasa
- daun pisang
Cara-caranya
1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Akak lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus...jangan besar sangat..nanti beras keluarlah pulak. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus (tak payah keluarkan daun pisang..keluarkan beras aje tau) dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.
** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.
Nasi lemak tak ada sambal tak best kan...akak buat sambal udang campur petai....
3 ulasan:
hui teruja tgk ns lmk kak ina....nyummmiiiiii
kenalah buat baru tau sedap ker idak nasi lemak ini sha
as salam..... kak ina boleh saya tahu utk 5cawan beras berapa sukatan utk santan nya ya? sukatan air tak sama mcm kita masak nasi biasa kan? terima kasih
Catat Ulasan