Jumaat, 25 November 2011

Cinnammon Badam - Step By Step


Kesukaan anak-anak ni...

Bahan-bahan
  • 300gm tepung roti
  • 50gm mentega - suhu bilik
  • 1 biji telur
  • 50gm gula halus
  • 100ml susu segar suam - panaskan tapi jangan sampai mendidih
  • 8gm yis kering - 2 1/2 sudu kecil
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Gaul mentega dengan tepung roti sehingga menjadi serbuk.
2. Masukkan gula dan yis kering. Kacau dengan sudu sehingga sebati.
3. Masuk garam, telur dan susu suam. Uli sampai tidak melekat di tangan hingga menjadi doh yang kenyal dan licin selama 10-15 minit.
4. Masukkan ke dalam bekas besar dan tutup dengan plastik cling dan biar naik sekali jam (1 jam).

KAEDAH LAIN JIKA GUNA BREADMAKER


1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam bread maker.

2. Pilih setting untuk doh dan tekan "on". Tunggu hingga siap.

BAHAN UNTUK FILING
  • 2-3 sudu makan serbuk kayu manis
  • 60gm gula perang
  • 30gm mentega - suhu bilik
  • 5-10gm badam cincang yang telah di panggang/sangai(kalau banyak lagi best)
1. Campurkan semua bahan filing kecuali badam cincang sehingga sebati dan ketepikan.

BAHAN UNTUK ICING
  • 20gm mentega - suhu bilik
  • 50gm krim keju - suhu bilik
  • 100gm gula aising - ayak
  • 2-3 titik esen vanilla
  • secubit garam
  • coklat chip (optional)
1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan.


CARA-CARANYA


1. Masa ni yang best.....bila tenguk doh macam gunung berapi nak meletus setelah 1 jam..
Keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.


2. Canaikan bentuk empat segiala...lebih kurang aje....

3. Ratakan filing keatas doh yang telah di canai.

4. Taburkan badam cincang di atas filing tadi.

5. Gulung ketat-ketat.
6. Cubit-cubit tepi doh supaya tidak terbuka semasa proses memotong.

8. Potong dengan pisau yang tajam 7-8 potongan bergantung kepada tuan punya diri yang buat.

9. Masukkan ke dalam cawan kertas dan biarkan doh naik lagi..dalam 20-30 minit.
10. Si ira rajin nak hias dengan coklat chip. Panaskan oven kepada suhu 190C.

11. Siap untuk di bakar....bakar pada suhu 190C selama 10 minit. Selepas itu turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi dalam masa 8-10 minit bergantung kepada oven masing-masing.

12. Setelah masak..sapukan icing....sedap di makan panas-panas....

Tiada ulasan: