Rabu, 5 Oktober 2011

Honey Squid (Sotong Bermadu)


Mana-mana akak gi ke blog teman-teman cyber sibuk buat honey prawn...oleh sebab akak tak ada stok udang akak gantikan dengan sotong...jadilah sotong bermadu...jangan kena madu udahlah ye....akak bubuh brokoli yang telah di rebus sebab malas nak masak sayur..ambil idea ni dari nor di kt...yang makan cuma akak dan hb...anak-anak menghabiskan sotong aje..

terima kasih dayang http://dayangjack.blogspot.com/ pasal bagi resepi yang enak ni..akak c & p ajelah ye..tapi edit sikit..jangan marah ekk?

bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)-akak tukar sotong
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara :

  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
  2. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili.
  3. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
  5. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

Ahad, 2 Oktober 2011

Resepi Daging Masak Kicap Pedas



Kalau tak rajin masak akak masak kicap. Ala semua orang tau nak masak kicap kan. Tak perlah..akak tepek resepi ni supaya anak akak senang nak masak di kemudian hari.

Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang/daging lembut-hiris tipis
  • 2 biji ubi kentang-hiris lebar dan goreng
  • 4 biji bawang putih-tumbuk
  • 1/2 sudu teh lada hitam-tumbuk
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 labu bawang besar-hiris bulat
  • 1/2 cawan kicap manis-akak guna chap kipas udang-nak lebih tambah lagi
  • 1 biji cili hidup-hiris serong
  • sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, goreng ubi kentang sehingga perang dan toskan.
2. Perlahankan api, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam sehingga wangi, baru masukkan cili kisar.
3. Biarkan cili masak baru masukkan daging, kacau dan biarkan sekejap.
4. Masukkan kicap dan gaul rata dan masukkan sedikit air dan biar sehingga daging empuk.
5. Bila daging dah empuk masukkan sedikit garam, hirisan bawang besar, ubi kentang goreng dan cili merah.
6. Biarkan sekejap baru di angkat. Makan bersama nasi panas

Sabtu, 16 Julai 2011

Resepi Spaghetti Olio

Buat lagi resepi spageti ni..sedap dan mudah nak membuatnya.  Ikut resepi sape..resepi chef ah mat gebulah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu-tak letak
1/4 biji red capsicum, dadu-tak letak
4-5 biji cili padi, dititik (optional)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau-tak letak
5 biji buah zaitun hitam-tak letak
6 ekor udang besar, dibersihkan-akak campur dengan sotong
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (akak guna  "extra virgin")

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang (sotong) red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...