belum letak lagi cili sos dan mayonis
Bila
tenguk ada lebihan roti lebihan buat roti oblong kambing aka prosperity
burger akak simpan dalm peti sejuk sebab nak gi jejalan. Bila balik
tenguk roti masih elok lagi.
Buat ajerlah roti John segera. Resepi tenguk kat blog Cik Min tapi tang bahan ada yang letak dan ada yang tak. Kira macam roti john sempoi ajerlah ni. Maaflah Min akak edit sikit yer.
Bahan-bahannya
200 gram daging cincang-akak guna daging burger ayam Ramli-potong kecil
10 biji Hot dog roll-akak guna roti oblong
Mayoni
Cili Sos
Sos lada hitam LIFE-tak letak
2 labu bawang besar-dadu
3 ulas bawang putih-tak letak
Sedikit serbuk kari daging
Lada benggala hijau/kuning/merah-tak letak
Telur ayam
Serbuk lada putih
Garam
Marjerin atau butter
Sedikit minyak untuk menumis
*boleh tambah Cheese slice jika suka
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging cincang (daging burger) sehingga keluar airnya.
2. Masukkan serbuk kari,bawang putih,bawang besar,lada benggala,kacau seketika.
3. Masukkan serbuk lada putih dan sedikit garam.Setelah semua bahan layu,angkat dan ketepikan.
4.
Panaskan kuali leper dengan sedikit butter.Ambil daging yang telah
dimasak tadi,campurkan kedalam mangkuk,pecahkan telur.Pukul hingga
sebati.
5. Tuangkan
bancuhan telur tadi keatas kuali,ambil hot dog roll yang telah dibelah
dua,telangkupkan diatas daging tadi.Setelah agak garing
terbalikkan(masa ni boleh letak cheese slice atas daging yang bertelur
tadi)
6. Setelah lapisan atas roti nampak garing boleh la diangkat.
Sapukan mayonis,cili sos (boleh tambah sos lada hitam)keatas lapisan daging bertelur.
7.
Boleh jugak tambah sayuran seperti salad atau timun.rapatkan kembali
roti yang sudah disapu sos tadi dan siap untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan