Jumaat, 18 Mei 2012

Resepi Sotong Tiga Rasa


Sotong masak camni baru laku..kalau buat sambal tumis mereka tak suka. Akak ambil respie dari PeriukTanah@Raihan
Bahan-bahan
500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ikut citarasa

3 ulas bawang putih dihiris halus

1 labu bawang besar dicincang

5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas

4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang

1 sudu makan cuka

3-5 sudu makan sos Thai

garam dan gula secukup rasa

minyak masak

sayuran seperti bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis-ikut citarasa



Cara membuatnya:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar sotong untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.

3. Masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.

4. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
5. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.
 

Tiada ulasan: