Rabu, 29 Jun 2011

Resepi Tortilla

Sebab tak rajin akak beli ajer tortilla, pastu letak garlic butter pastu letak campuran cili sos/mayonis/tomato sos, letak inti  pastu letak plak slice cheese yang di potong kecil .  
 
Kemudian di gulung dan  terus letak dalam frying pan.Akak guna sedikit minyak zaitun dan goreng sehingga kekuningan.

Resepi filling :
  1. 5 batang sosej
  2. 1 biji bawang besar
  3. 2 biji tomato
  4. 1 biji bawang putih
  5. Sedikit italian herbs atau oregano(mixed herbs pun boleh)
  6. sedikit garam dan serbuk lada hitam
  7. Sos cili di campur dengan mayonis dan sos tomato
Cara penyediaan :
  1. Potong sosej nipis-nipis , kupas semua bawang dan di mayang halus . Potong kiub semua tomato.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang putih dan kacau sampai bawang layu kemudian masukkan bawang merah dan kacau lagi sehingga layu. 
  3. Kemudian masukkan semua sosej dan serbuk italian herbs , kacau sehingga sosej masak.
  4. Biarkan sejuk dan letak diatas tortilla yang telah di sapu garlic butter ataupun cili sos yang telah di campur dengan mayonis dan tomato sos.
  5. Gulung dan goreng dengan sedikit minyak zaitun dan balikkan sehingga perang.
  6. Bolehlah di makan.

Tiada ulasan: