Khamis, 23 Jun 2011

Ayam Masak Merah Versi Sherry/Nasi Mentega

Cuti sekolah ni bila tanya anak..nak masak apa ek hari ni? 3 orang menjerit..masak ayam..alahai ayam lagi. Kenalah ikut tekak anak-anak, mak punya tekak dah puas makan.

Nak masak merah cam dah selalu ajer tapi anak sukalah masakan camni. Kali ni akak ambil dari blog Ummi dan Ummi ambil pulak dari blog Sherry @ Citarasa Dari Dapur. Yang buat rasa ayam masak merah ni lain sebab guna susu cair.
Bahan:-
  • 1 ekor ayam (dipotong 12)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
  • 5 biji bawang merah )
  • 3 biji bawang putih ) ditumbuk
  • 1 in. halia )
  • rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 3 sudu makan tomato puree
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 cawan susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Lain:-
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 2 biji tomato (belah 4/6)
  • 1 bij bawang besar (dipotong bulat)
  • sedikit daun bawang
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.
  3. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.
  5. Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.
  6. Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  7. Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani.
#Nota - Ayam masak merah versi Sherry ini mmg tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja, sebab itu memerlukan minyak yg lebih sedikit untuk menumis.
Buat gak nasi mentega..patutnya nama nasi ni nasi mentega kismis, dek sebab kismis tak ada stok, akak namakan ajer nasi mentega.
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
(akak guna cawan yg dpt masa beli periuk nasi)
5 cawan air

1 cawan susu sejat
"IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega

Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis
-tak letak

BAHAN TUMIS :-)

1 biji bawang besar, didadu

2 ulas bawang putih,hiris

1 batang serai, dititik

1 helai daun pandan, disimpul

1 inci halia, hiris nipis

1 kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga


BAHAN HIASAN

Hirisan daun bawang

Hirisan daun sup

Bawang goreng

Minyak Gorengan
Bawang secukupnyer untuk dgaul dgn nasi>> yg ni kita tambah suke dgn aroma bwg goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

Tiada ulasan: