Khamis, 19 Julai 2012

Danish Butter Cookies




Akak memang suka makan biskut Danish Butter Cookies ni..kalau beli memang anak-anak ngap laju-laju sampai akak kena pesan..tinggal sikit untuk mak ayah yer.  Sekarang ni kalau beli kukis ni dalam tin memang mahal kan.  Akak cuma beli bila ada offer ajer.

Oleh sebab tenguk geng masak memasak ada tepek resepi ni, akak pun merajinkan diri buat kukis ni.  Oleh sebab tamak punya pasal akak buat sampai 2 adunan.  Ikut resepi kena masuk dalam beg aising pastu paipkan ikut stail macam dalam pasaran.
Aduhai bagai nak pengsan akak picit tapi susah nak keluar..lelama akak ambil acuan buat kueh dahlia akak bentukkan bunga ni.  Lantaklah labu..janji siap dan boleh di makan.

Bila makan kukis ni memang cair di mulut tapi idaklah 100% macam yang di jual tu.  Resepi ni sumbangan dari Fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan
gula halus - utk tabur (opt)
Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka
Akak ayak gula aising atas biskut selepas siap di bakar.. 

Selasa, 17 Julai 2012

Resepi Ikan Bakar Ala Portugis


Dah lama tak masak ikan panggang/bakar portugis ni...teringat nak buat balik...tak yah gi portugis pun dapat makan masakan dia..jomlah kita bakar membakar..akak bakar masuk dalam oven aje kali ni...

Bahan utama
  • 1 ekor ikan terubuk-di belah 2
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-tak buat..anak-anak tak suka
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula-akak bubuh gula melaka
  • 1 1/2 camca teh garam
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-akak tambah 2 batang
  • 1 keping hirisan lengkuas-akak tak bubuh
  • 1 helai daun kunyit-akak tambah
UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan Minyak Bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
Akak suka tutup dengan daun kunyit sebelum dibalut dgn aluminum foil...
 
Cara-caranya
  1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  2. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.
  • Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. 
  • Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak. Akak gunakan suhu 180-200 F dalam 45-1 jam.....
  • tenguk besar atau kecik ikan jugak...ikan terubuk ni besar...terpaksa bakar lama sikit....guna api atas bawah...
  • bila nak dekat masak akak guna api atas aje..akak bukak aluminum foil tu pasal nak bagi garing sedikit.

Isnin, 16 Julai 2012

Biskut Coklat Chips Ala-Ala Famous Amos

Kukis yang selalu menjadi sebutan ramai dan hot item bila hari raya tiba.  Jomlah kita uli-uli untuk hari raya yang akan datang..kah kah kah..puasa belum..dah sibuk pikiq biskut raya ek

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter-akak guna brand tantura
  • 1 1/2 cawan  tepung gandum-akak guna tepung ros
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 sudu kecil  soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips hersheys milk coklat (berganda dari harga kat kedai bakeri)
  • 1/2 s/k garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (akak guna kacang pecan..tgk gambar kat bawah)
  • 1 sudu kecil vanilla
  •  
Cara
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Akak lebih suka alaskan dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci. Jangan letak dekat-dekat sebab kukis mengembang dan jangan buat besar-besar..buat macam kecik macam kukis famous amous tu.
5. Bakar dalam 15minit  pada suhu 170 degree celcius. (akak guna suhu 150C dan bakar dalam 20-25 minit)..bergantung kepada oven masing-masing sebab akak punya oven banyak keciklah..