Isnin, 21 November 2011

Udang Gulai Rempah

Bila belek-belek kat majalah saji..tertariklah pulak nak mencuba resepi udang ni..memang tak pernah buat lagi resepi macam ni....memang ada kelainnannya..cubalah...

Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang besar
  • 3 keping asam gelugur/asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • gula dan garam secukupnya

Bahan kisar

  • 17 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 3 hiris lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Cara menyediakannya

1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan tuangkan santan.
2. Biarkan ia merenih.
3. Kemudian masukkan garam dan gula serta asam gelugur/asam keping.
4. Setelah mereneh lebih kurang 20 minit masukkan udang dan biarkan udang masak.
5. Bolehlah dihidangkan.

Sabtu, 12 November 2011

Resepi Nasi Lemak Kukus

Punyalah semangat nak buat nasi lemak kukus ni...pukul 5.30 pagi tadi akak dah masuk ke dapur...rendam beras...potong cili...potong bawang....daripada dulu lagi nak cuba buat nasi lemak kukus ni..tapi takut tak jadi...lepas pergi tenguk rumah member cyber aNIe dan jumpa pulak resepi nasi kat rumah member cyber akak pun beranikan diri buat nasi ni...

Syukur...alhamdulliah...tertunailah hasrat di hati akak nak makan nasi lemak kukus buatan sendiri...tapi nak buat ni kena banyak vitamin R...banyak kerja sikit...dan makan masa yang agak lama...bila suami nak minum pukul 9.00 pagi pun belum siap kukus nasi ni...pasal rendam beras aje nak dekat 2 jam...tak apalah janji puas hati dan berbaloi ........
masih dalam loyang..nak kukus balik lepas letak santan

Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan-disiat-siat
  • Garam secukup rasa
  • daun pisang

Cara-caranya

1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Akak lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus...jangan besar sangat..nanti beras keluarlah pulak. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus (tak payah keluarkan daun pisang..keluarkan beras aje tau) dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk.

4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.

7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Nasi lemak tak ada sambal tak best kan...akak buat sambal udang campur petai....
bahan sampingan...ikan bilis goreng

telur rebus

Sabtu, 22 Oktober 2011

Resepi Pizza Gebu

Dah lama tak buat pizza. Pastu tenguk ada pulak tepung roti yang akak beli tak berusik sekian lama. Buat masa Ira balik dari asrama hari Jumaa lepas. Akak buat dalam loyang besar dan buat 1 1/2 kali ganda dari resepi. Pastu suku akak letak bawang dan tomato dan sebelah lagi tak letak sebab anak-anak tak suka.
Resepi ni akak ambil kat blog abang fofolur tu ..sape lagi Chef Ah Mat Gebu.
BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
  • akak tambah oregano--sebab suka bau dia bila di bakar
BAHAN ISIAN :-)
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat-akak guna yang ada cheese kat dalam
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris-tak letak
  • 1/2 biji red capsicum-tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum-tak letak
  • 1/2 biji green capsicum
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar-akak guna serbuk lada hitam aji sho
  • akak letak crab sticks dan tambah tomato di hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

  1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....