Khamis, 23 Ogos 2012

Resepi Bihun Sup

Masak bihun sup selalunya akak buat sarapan pagi minggu ataupun untuk makan malam..kadangkala kami memang tak suka makan nasi waktu malam.  Suka hatilah nak isi ayam ker...daging ataupun seafoods..kali ni akak buat guna udang dan sotong sebab itu ajer yang ada stok kat umah.  Sayur pun akak guna apa yang ada..kalau nak meriah masukkanlah bunga kobis dan cendawan.

Bahan-bahan
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 4 ekor sotong-potong kecil
  • 1 kiub ayam maggi
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 4 biji bawang kecil-dihiris halus
  • sedikit kicap
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 2 keping fish cake-dihiris tipis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • sawi
  • kobis
Bahan sampingan
  • Bihun - rendam dulu dengan air suam/panas dan toskan
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap
Cara-cara
1. Kopek udang  dan bersihkan sotong .. cuci bersih lalu di tos.  

2. Tumbuk bawang putih dan lada hitam. 

 3. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris sehingga garing. Ketepikan.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama...tumis bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana. 

5. Masukkan udang dan sotong , kacau sebati.  Masukkan air secukupnya.  

6. Masukkan kiub ayam, garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.
7.Setelah mendidih masukkan  fish cake, sawi dan kobis. Rasa dulu garam dan rasa dulu sebelum tutup api.
8. Ambil bihun  tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng.
9. Boleh di hidang panas-panas...buh sambal kicap...fuhhh terangkatttttt..
 tak pun goreng dulu bihun kering dalam minyak panas..cara cam ni pun sedap gak

Tiada ulasan: