Jumaat, 24 Februari 2012

Resepi Pegedil Kentang



Bahan-bahan

  • 6 biji ubi kentang
  • 4 biji bawang merah - hiris tipis
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam halus
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • sedikit daun sop/bawang-hiris halus
  • putih telur (dari satu biji telur)
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan kentang, potong 8 dan goreng/rebus. Toskan.
2. Goreng bawang merah dan toskan.
3. Goreng daging kisar yang telah di gaul dengan lada hitam dengan minyak yang sedikit. Toskan.
4. Tumbuk atau masukkan dalam food processer ubi kentang tadi bersama-sama dengan semua bahan termasuk garam.
5. Kepal dan bentukkan bulat/bujur.
6. Salut dengan putih telur dan goreng dengan api yang sederhana.
7. Sedap di makan bersama sup.

2 ulasan:

Nadhirah sarnin berkata...

hurm, , nyum3, , nak cuba larhh ^^

Unknown berkata...

cuba jangan tak cuba yer ketentuan ilahi