Isnin, 10 Januari 2011

Resepi Kung Pao Chicken

Nasib baik bukan panggil kung foo chicken..kan ana kan...oleh sebab gi umah si ana nilah akak teringat makan kung pao chicken kat restoren amy search hari tu..teruja nak buat..sebab nak rasa...sama tak macam kat restoren tu....belek punya belek...aiseyman kacang gajus dah tak ada stock..yang ada cuma almond cincang...belasah ajelah...kita yang masak...pandailah nak adjust nanti...ana kata dia ambik kat rumah diana..tapi akak cilok dari rumah ana ajelah...tapi akak tokok tambahlah sikit ye...

Bahan-bahan A
1. 600gm ayam - dipotong dadu
2. tepung jagung secukupnya
3. sedikit lada hitam
4. sos tiram
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram dan ladahitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
1. 100gm kacang almond cincang - akak panggang aje..(sebenarnya letak kacang gajus ye-di goreng dan toskan minyak)
2. 30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
3. 2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(rasanya 1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat lagi sedap kot...lain kali nak cuba pulak cara ni)
4. 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
5. 2 inci halia - di tumbuk halus
6. 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar (akak tak letak)
7. 3 sudu makan sos tiram
8. 2 sudu makan cili sos
9. minyak untuk menumis
10. garam jika perlu
11. minyak bijan - akak tak letak
12. seasoning maggi

Cara-caranya
  • Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan toskan.
  • Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  • Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam dan cili benggala. Kalau gunakan gajus kena masukkan bersama ayam dan cili bengala tau..
Selepas di angkat baru taburkan pula badam cincang tadi.

p/s memang betul kata ana..rugi tak cuba....buat 2 kali tau....yang ni buat belah tengahari...dah habis terpaksa buat lagi sekali......tapi kat restoren amy tu rasa dia lain sikitlah..mungkin dia ada bahan rahsialah...lepas makan bolehlah berkung foo..wacaaaaa..

1 ulasan:

Norasikin berkata...

Saya suka masakan cina sebab senang memasaknya. Bahan yg penting tak banyak cuma bawang putih, sos tiram dan kicap je. kat restoran tu rasanya lain mungkin sebab jenama sos-sos yang digunakan. Kdg2 diaorg ni guna sos yang kita sendiri pun tak pernah dengar jenamanya. Banyak juga resepi masakan cina yang saya sumbat dalam blog resepi masakan komersial saya