Jumaat, 31 Julai 2009

Mak Akak Kasi-Tapi Tak Tahu Bunga Apa?

Ni semua mak akak yang kasi...mula-mula mintak terus dia kasi..lagi pun dia dah tak guna lagi.tangkai teko ni sebenarnya elok lagi tapi bila akak nak basuh..tiba-tiba patahlah pulak..agaknya dah lama kot..

Tapi tak tahu nak namakan koleksi bunga apa....otai tolong bagi tau ye....

hiasan kat tengah teko

Piring ni cuma ada 3 keping...satu piring kuah dan 2 lagi piring kuih...ada satu lagi mak bagi kucing makan pakai pinggan ni....sayang betul...akak ambil pagi tadi ..tapi belum basuh bersih..kat rumah mak ada lagi...biarlah dia guna..

Hiasan di tepi pinggan

Kat tengah pinggan...nak panggil buang apa ek..

Bekas susu masih elok lagi..tapi tak ada pulak bekas gula

Cawab berserta piring masih elok lagi.  Tapi cuma tinggal 3 se kawan

Oleh sebab tempat dah terhad ....terpaksalah di masukkan ke dalam bakul...entah bila nak buat kabinet dapur ataupun beli almari baru...

Kalau chop ni...mestilah buatan malaysia.

Tiada ulasan: