Khamis, 5 September 2013

Resepi Lempeng Pisang Ala Ala Kampung

Assalammualaikum
 
Suami akak panggil pizza kampung ..lempeng pisang , ni..kesukaan suami akak.  Makan waktu hujan dengan menghirup kopi ooo kaw kaw..memang layannnn

Bahan-bahan (4 keping)

  • satu sisir  pisang emas (10-12 biji) 
  • 5 sudu besar gula/brown sugar  
  • 1 cawan tepung gandum  
  • 1/2 cawan kelapa muda (parut)  
  • 1/2 sudu teh garam  
  • sedikit air daun pisang dan minyak secukupnya

Cara-cara

  1. Lecek pisang emas sehingga halus Kemudian masukkan gula, garam dan kelapa parut. 
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika perlu.  
  3. Panaskan kuali leper non stick dan sapukan sedikit minyak diatas daun pisang dan sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali dengan api sederhana kecil 
  4.  Ambil sehelai lagi daun pisang dan balikkan sebelahnya lagi sehingga masak.  
  5. Angkat dan bolehlah di hidangkan dan ulangi lagi sehingga habis.

Isnin, 2 September 2013

Resepi Mee Goreng Mamak

Assalammualaikum
Kalau makan mee goreng kat kedai mamak memang umphhh tapi suami selalu komen sebab tak nampak udang, ayam ataupun bahan yang lain.  Cuma buh tahu dan cucur udang ajer ..kalau nak ayam kena beli ayam goreng.
Kenalah bayar lebih kan..buat sendiri pun sodap sebab sekarang ni satu pinggan mee goreng dah harga RM4.50 sepinggan.
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis
  • 100 gm fish cake -akak tukar ke fish ball
  • 1 cawan taugeh-tak letak
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]tukar ke cili merah

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Rabu, 28 Ogos 2013

Puding Cocktail Berkuah

Assalammualaikum
Lama tak update blog ni..salah satu sebab password tak ingat.
Suka hidangkan puding cocktail berkuah bila ada makan-makan.  Oleh sebab tak sempat nak sejukkan terpaksalah buh air batu nak bagi sejuk tapi kurang umphhlah sikit sebab bila air batu cair..rasanya berlainan kalau kita sejukkan dalam peti sejuk.
 
Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peti ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail